21

“Saya bukan seseorang yang perlu menjadi orang pertama berada di bulan atau memenangi Piala Dunia Kelab dengan Liverpool tetapi kami berada di sana dan akan cuba melakukannya dengan apa yang kami ada,” kata Klopp.

“Setakat ini, saya tidak merasai sebarang tekanan. Saya melihatnya sebagai peluang terhidang… apa yang menarik dan memberi kesukaran adalah kami akan bermain menentang pasukan dari benua lain, yang jarang-jarang berlaku… dan ia sudah pasti memberi kesukaran.”

Pasukan yang terbabit pada aksi yang dijadual 11 hingga 21 Disember ini adalah juara CONCACAF, Monterrey dari Mexico; juara Qatar, Al Sadd; juara Oceania, Hienghene Sport dari New Caledonia; juara Afrika, Esperance dari Tunisia serta juara dari Amerika Selatan dan Asia.

“Kami melakukan persiapan seperti biasa dan kami akan melihat sama ada dia betul atau salah… Saya tidak banyak menonton permainan bola sepak Brazil, Argentina, Mexico atau Arab… jadi saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai mereka… jadi ia pasti sengit,” kata Klopp sambil menegaskan tidak akan mengambil mudah kejohanan berkenaan. – Reuters

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.