08

KUALA LUMPUR: Setiap kali ingin pergi melancong, antara perkara penting yang perlu dibawa ialah gajet biarpun hanya sebuah telefon pintar kerana ia dapat membantu dalam menyelesaikan banyak perkara, terutama jika mengembara berseorangan.

HUAWEI antara jenama yang sentiasa tampil dengan teknologi baharu dan kini dengan adanya HUAWEI Smart Life, anda tidak perlu bimbang apabila bercuti kerana HUAWEI dapat membantu anda.

Jika anda memiliki telefon pintar siri HUAWEI Mate30, ia amat berguna kerana mempunyai kolaborasi skrin pelbagai dengan MateBook 13, Freebuds 3, Watch GT 2 dan HUAWEI X Gentle Monster.

Dengan adanya kelebihan itu, tiada tekanan ketika bercuti dan mempunyai masa yang banyak untuk bersantai di tepi pantai.

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk memastikan detik percutian anda sangat menarik.

Tip 1. Bergembira di bawah sinaran matahari

Sementara anda berjemur untuk mendapatkan dos vitamin diperlukan di tepi pantai, sambil itu anda boleh membaca buku atau mungkin melayari laman sosial anda.

Tetapi jika terlalu bosan, apa kata anda sambung semula permainan mudah alih dan habiskan semua ‘musuh’ anda di dalam permainan mudah alih berkenaan.

Untuk itu, telefon pintar dengan prestasi yang hebat adalah pilihan terbaik dengan storan hebat dan kapasiti bateri tahan lama yang sangat bagus seperti HUAWEI Mate30 Pro kerana ia memiliki ciri seperti AI Gesture Control, storan hebat 256GB dan kapasiti bateri besar 4500mAh. Selain itu, ciri Ultra Slow-mo iaitu video gerak perlahan menerusi model dengan ketetapan 720P dan mampu mencapai 7,680 fps ia memberi gambaran jelas terhadap sesuatu objek yang diambil.

Tip 2. Sentiasa memerhati dengan ‘mata’ anda

Biarpun berada jauh daripada rakan dan juga di luar bandar, anda tidak perlu berasa keseorangan dan tidak perlu untuk menghentikan sementara permainan mudah alih anda.

Hanya hubungi rakan anda menerusi kaca mata pintar saja. Bunyi seperti menarikkan? Oleh itu anda hanya perlu untuk menyemak kaca mata hitam pintar yang baharu dilancarkan di pasaran iaitu HUAWEI X Gentle Monster Eyewear.

Kaca mata pintar ini memiliki teknologi hebat iaitu boleh menjawab panggilan telefon dan faktor lain yang berguna ialah ia mampu menjadi pelindung mata anda daripada sinar matahari yang memancar terik.

Jangan lupa membawa sarung kulit kerana ia mampu menjadi pengecas tanpa wayar anda.

Tip 3. Gerakkan badan anda

Biarpun permainan di telefon pintar suatu sering mendebarkan anda, dinasihatkan juga untuk anda mendapatkan rehat badan serta mata daripada asyik melihat skrin telefon.

Keluar daripada keadaan berkenaan dan mulakan bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tetapi siapa saja yang suka melakukan senaman berkenaan tanpa hiburan.

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan berborak bersama rakan menerusi kaca mata pintar X Gentle Monster dan dalam masa yang sama ia turut memantau degupan jantung anda dengan selamat, senaman efektif dengan menggunakan jam tangan pintar Watch GT2.

Menariknya mengenai Watch GT2, ia juga boleh dibawa untuk berenang. Terdapat beberapa langkah dan anda boleh melihatnya menerusi video:

Tip 4. Menari seakan tiada yang melihat

Bila anda padankan dengan fon telinga tanpa wayar, ia mampu memberi kegembiraan kerana dapat mendengar pelbagai nyanyian lagu kegemaran.

Apabila anda perlu untuk berehat seketika sebelum menyambung senaman, cas semula telefon pintar anda dan dalam masa yang sama anda menonton video pendek yang lucu.

Dengan fon telinga yang stabil, sambungan Bluetooth pantas, audio dan video yang optimum, percutian singkat anda akan terasa lebih menyeronokkan.

Dengan semua kelebihan yang diberikan oleh HUAWEI itu, semuanya akan lebih mudah dan percutian itu harus anda nikmati sebaiknya.

Terima kasih kepada HUAWEI kerana mewujudkan ekosistem telefon pintar yang menakjubkan, jadi percutian akan menjadi lebih mudah dengan hanya menggunakan beberapa peranti pintar daripada HUAWEI.

Lebih hebat lagi, menerusi siri telefon pintar HUAWEI Mate30 itu, ia membenarkan pengguna untuk memindahkan fail daripada telefon ke laptop dengan mudah dan cepat.

Malah, dengan hanya sentuhan ‘One Tap To Share’ saja, ia menjadikan pengalaman menggunakan HUAWEI sangat terbaik, menjadikan HUAWEI sentiasa komited untuk membina ekosistem kepercayaan yang tinggi di antara penggunanya.

Disamping itu, ia juga mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin yang mana ia boleh berkongsi secara pantas dengan telefon pintar dan MateBook 13.

Tambahan lain ialah Q2 Pro menjadikan setiap saat anda lalui begitu lancar tanpa sebarang sekatan dan sentiasa berhubung tidak kira di mana saja. Tambahan pula ia mempunyai sambungan wi-fi jadi mudah untuk dibawa ke mana saja.

Jadi tunggu apa lagi kerana gaya hidup yang pintar bermula dengan HUAWEI dan untuk mempelajari lebih lagi mengenai peranti HUAWEI Mate30 Pro, kaca mata HUAWEI X Gentle Monster, Watch GT 2 dan HUAWEI FreeBuds 3 seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh layari pautan HUAWEI Online Store dan layari sini untuk tawaran menarik produk pintar daripada HUAWEI ini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.