19

LONDON: Pep Guardiola menegaskan dia akan meninggalkan Manchester City tanpa disuruh jika perancangannya di Etihad tidak berhasil.

Menurut akhbar di Britain, Guardiola mendedahkan ada membincangkan kedudukannya dengan Pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak dalam buku terbaharunya bertajuk ‘Pep’s City: The Making of a Superteam’.

Dalam buku berkenaan, pengendali dari Sepanyol itu berkata: “Dia tahu saya akan mengundur diri jika perkara tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Saya memberikan segala-galanya untuk mengelaknya dan berusaha sekeras yang mungkin supaya segala-galanya bergerak ke depan. Tiada jalan lain.”

Buku berkenaan, yang akan dilancarkan pada 25 Oktober ini ditulis dengan kerjasama penuh Guardiola.

Dalam buku berkenaan juga, Guardiola berkata akan mengenakan larangan keluar rumah ketika Krismas tahun ini.

Musim lalu, bos City itu berang dengan segelintir sikap pemainnya yang berhibur sehingga awal pagi. Ia berlaku lagi ketika kekalahan 3-2 skuad kendaliannya kepada Crystal Palace.

Justeru, Guardiola dan staf pengurusannya akan memperkenalkan semula larangan selewat mana mereka boleh berhibur. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.