Jam pintar Garmin Venu dilancar di Malaysia

08

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Garmin melancarkan produk terbarunya di Malaysia, Garmin Venu yang ditawarkan pada harga RM1,799 seunit.

Eksekutif Pemasaran Aeco Technologies (M) Sdn Bhd, Dickson Cheah, berkata peranti itu adalah jam pintar yang dilengkapi sistem kedudukan global (GPS) dan pemantau kecergasan yang tidak akan menjejaskan fesyen pemakainya berdasarkan talinya yang boleh ditukar ganti.

Aeco Technologies (M) Sdn Bhd adalah pengedar sah Garmin di negara ini.

“Produk ini mempunyai ciri-ciri sukan dan fesyen yang terbaik. Sebelum ini, kekuatan kami terletak pada bahagian sukan tetapi kami mula melangkah dalam bidang fesyen dan gaya hidup dalam beberapa tahun ini.

“Kami mahu mensasarkan golongan muda, pengembara dan mereka yang aktif dalam sukan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk itu di sini semalam.

Cheah berkata, dengan Garmin Venu, pemakainya dapat menjejaki waktu tidur mereka, kadar denyutan jantung, langkah-langkah yang diambil sehari, tahap tekanan dan bagi wanita, ia juga menawarkan penjejakan kitaran haid menerusi aplikasi Garmin Connect.

Berhubung hayat bateri, beliau berkata Garmin Venu boleh bertahan sehingga lima hari pada mod jam pintar, manakala mod GPS dengan muzik boleh bertahan sehingga enam jam. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: