32

- Advertisement -

LONDON: Gareth Southgate menegaskan akan menghormati kontraknya bersama skuad kebangsaan England sekali pun dikaitkan dengan kerusi panas di Tottenham.

Pengendali England itu sentiasa dikaitkan dengan jawatan di Spurs jika Mauricio Pochettino bertindak meninggalkan kelab berkenaan.

Selepas persembahan buruk terus ditampilkan Tottenham, spekulasi yang mengaitkannya dengan tugasan berkenaan kian meningkat tetapi Southgate pantas menafikan khabar angin itu dan menyatakan komitmennya adalah terhadap skuad Three Lions.

“Kamu tidur pada malam Sabtu dan bangun pada pagi hari berikutnya dan sudah ada agenda,” kata Southgate. “Dengar dengan teliti, saya pernah bercakap pada musim panas, saya bukan seseorang yang gemar bertaruh dan perlu menjadi bijak dan beekata, ‘Pintu saya masih terbuka, ia masih terbuka’.

“Saya adalah pengurus England dan satu penghargaan yang besar untuk menggalas tugas ini. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan bersama pasukan.

“Kami berfikir yang pasukan masih boleh meningkat, dan sehingga saya berkata perkara yang berbeza, 2022 adalah kontrak saya dan ia muktamad.”

England akan meneruskan kempen kelayakan Euro 2020 dan dijadual bertemu Republik Czech dan Bulgaria dengan skuad kendalian Southgate ketika ini menghuni carta teratas Kumpulan A dengan kelebihan satu perlawanan.

Tottenham dalam pada itu mengharungi minggu yang ingin dilupakan apabila tewas 3-0 kepada Brighton, malam tadi selepas dimalukan Bayern Munich 7-2 dalam kempen Liga Juara-Juara pada Rabu. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: