29

- Advertisement -

LONDON: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk tidak terganggu dengan kritikan mengaitkan prestasi tidak menentu Reds ketika berdepan Salzburg dalam Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sambil menegaskan ‘Kami tidak boleh sentiasa bermain sempurna.’

Liverpool hampir dikejutkan dengan kebangkitan yang ditampilkan juara Austria itu di Anfield apabila melepaskan kelebihan tiga gol sebelum diselamatkan jaringan Mohamed Salah untuk menang 4-3.

Dengan Napoli dan Genk seri dalam satu lagi aksi Kumpulan E, Liverpool dijangka tidak bermasalah untuk mara tetapi skuad kendalian Jurgen Klopp itu harus bertahan dengan lebih baik berbanding seperti bertemu Salzburg.

“Kami melakukannya demi peminat!” kata Van Dijk sambil ketawa. “Tidak, kami boleh buat lebih baik. Ia adalah perlawanan yang berbeza pada kedua-dua babak, mungkin?

“Pada separuh masa pertama, kami bermain dengan amat baik, jadi kami terlalu selesa dengan 3-0 dan kemudian kami melepaskan gol dan mereka mula mendapat keyakinan.

“Kami tahu sebelum perlawanan yang mereka tidak akan mengalah, mereka akan terus berusaha kerana mereka memiliki kepantasan dan sentiasa memberi tekanan, agak sama seperti kami.

“Tetapi kami perlu bermain lebih baik, terutama pada 20 minit pertama pada babak kedua, kami semua kerana disebabkan itulah kami melepaskan gol. Mungkin ia perkara yang baik. Kami tahu kami masih perlu meningkat, dan kami akan lakukannya,” kata Van Dijk juga menafikan yang pemain Liverpool mulai panik selepas tampil dengan prestasi hambar ketika bertahan.

Perlawanan Reds berikutnya adalah menentang kelab yang sedang bersemangat, Leicester City di Anfield dalam Liga Juara-Juara yang dianggap satu lagi ujian terbaik buat pendahulu liga itu. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: