24.jpg

- Advertisement -

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya keinginan tinggi Raheem Sterling untuk meledak gol bermakna masih banyak peningkatan yang boleh dibuat pemain bintangnya itu.

Pemain sayap England itu keluar daripada bangku simpanan untuk menggegar gawang Dinamo Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi di Etihad yang berpihak dengan kemenangan 2-0 kepada tuan rumah.

Selain menjaringkan gol kesembilannya musim ini, Sterling turut mencipta umpanan bagi gol kedua pasukannya yang dijaringkan seorang lagi pemain gantian, Phil Foden pada masa kecederaan.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola. – Foto AFP

“Sudah banyak kali saya bercakap, dalam tempoh beberapa tahun ini dia akan menjadi pemain yang lebih baik berbanding dia hari ini,” kata Guardiola.

“Keinginannya, cara dia datang, dia melihat hantaran dan melakukan serangan berdepan dua pemain lawan. Dia agresif dan peminat berkata ‘wow’. Raheem adalah pemain yang sentiasa membantu pasukan.

“Dia mempunyai bakat. Dia gemar menjaringkan gol. Menerusi hantarannya, kamu sentiasa dapat merasai perasaan itu.”

Berbanding ketika baru tiba di Etihad, Guardiola berkata Sterling ketika ini lebih matang dan dibuktikan ketika kemenangan 3-1 City ke atas Everton, minggu lalu apabila dia terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

“Dia berkata beberapa hari lalu ketika dia melepaskan peluang bertemu Everton, dia tidak pernah marah, dia tidak pernah berfikir mengenai kesilapan yang buruk. Dia hanya berfikir pada peluang berikutnya,” kata Guardiola.

“Perasaan kami pada musim pertama dia tiba di sini adalah dia bermain dengan bagus tetapi mengenai jaringan… dia tidak kisah. Kini semua pergerakannya. Dia mendapat bola dan dia akan cuba menjaringkan gol. Dia masih boleh meningkat, penyudah dan juga gerakannya.” – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d