VIVO perkenal V17 Pro, telefon pintar generasi terkini

0

08

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: VIVO Malaysia memperkenalkan peranti terbaharunya, V17 Pro, telefon pintar generasi terkini yang memiliki pelbagai ciri menarik.

Didatangkan dengan fungsi enam kamera depan dan belakang, V17 Pro mampu menjadi pilihan ramai terutama dalam kalangan generasi muda kerana menjadikan paparan gambar lebih sempurna serta menarik.

Peranti yang bakal memasuki pasaran tempatan pada 5 Oktober ini dijual pada harga mampu milik, RM1,699, dengan dua pilihan warna ‘Knight Black’ dan ‘Crystal White’.

Ketua Pegawai Eksekutif VIVO Malaysia, Mike Xu, berkata sehingga suku ketiga 2019, VIVO kini menguasai 17 peratus pasaran telefon pintar di Malaysia dan merekodkan sejumlah empat juta pengguna di negara ini, selain 200 juta pengguna di peringkat global.

“VIVO mula memasuki pasaran tempatan pada 2014 dan mencatatkan penjualan sebanyak 40,000 unit. Bagaimanapun, sehingga suku ketiga tahun ini, ia sudah merekodkan penjualan sebanyak 1.7 juta unit.

“VIVO mencatatkan pertumbuhan dan peningkatan luar biasa dengan kadar kenaikan 40 peratus.

MAJLIS pelancaran VIVO V17 Pro di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Asyraf Hamzah

“Dengan pengenalan model terbaharu ini, kami komited untuk terus memperkenalkan produk terbaik kepada pelanggan terutama dengan mensasarkan kepada generasi muda serta kawasan bandar,” katanya pada pelancaran VIVO V17 Pro, di sini, hari ini.

Turut hadir duta VIVO Malaysia yang juga selebriti dan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta Priscilla Abby.

Dengan konsep inovatif ‘Shoot Beyond limits’, V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan gabungan lensa 32 megapixel + 8 megapixel yang disokong oleh ‘Selfie Softlight’ dan ‘Super Night Selfie’.

Peranti pintar itu turut disokong dengan simpanan dalaman 8GB + 128GB yang menawarkan prestasi terbaik bagi kelancaran aplikasi dan sistem pada setiap masa.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi ‘Pose Master’ yang merakamkan gambar lebih semula jadi dan ‘Super Night Mode’ yang sesuai bagi rakaman gambar pada waktu malam.

Lebih mengujakan, V17 Pro juga diiktiraf sebagai telefon pintar pertama di dunia menyokong dwi kamera depan jenis pop-naik.

Ia direka khusus bagi peminat ‘games’ kerana mempunyai prestasi perisian terbaik dan antara pilihan terbaik untuk fotografi terutama tetapan ‘selfie’.

DUTA VIVO Malaysia yang juga selebriti dan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta Priscilla Abby hadir pada majlis pelancaran VIVO V17 Pro di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Asyraf Hamzah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d