Jorginho tuntut Chelsea jadi lebih ‘kejam’

25

- Advertisement -

LONDON: Jorginho menegaskan Chelsea perlu lebih ‘tajam’ di depan gawang jika berhasrat untuk mengutip mata sulung dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Skuad kendalian Frank Lampard itu akan membuat kunjungan ke Perancis bertemu Lille, awal pagi Khamis ini dan berharap untuk meneruskan rentak kemenangan ketika menewaskan Brighton 2-0 dalam saingan Liga Perdana, minggu lalu.

Ia adalah kemenangan pertama Blues di gelanggang sendiri sebagai pengurus tetapi bekas pemain Chelsea itu menyuarakan kebimbangannya mengenai ketumpulan jentera serangannya di depan pintu gol.

Ini kerana ketika bertemu Brighton, kelab itu berjaya menghasilkan 17 percubaan ke gawang tetapi gagal menterjemahkannya sebagai jaringan sebelum gol daripada Willian dan Jorginho pada babak kedua mengesahkan tiga mata buat tuan rumah.

“Ia penting kerana kami mencipta lebih banyak peluang (menjaringkan gol bertemu Brighton) tetapi saya fikir kami perlu bermain dengan lebih baik kerana dengan sebegitu banyak peluang yang kami lakukan, kami hanya menjaringkan dua gol,” kata pemain tengah Itali itu.

“Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara, kamu tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana semua pasukan bagus. Mereka boleh mencipta hanya satu peluang dan menjaringkan gol. Jadi kami perlu menjadi lebih kuat secara mental untuk bertahan.”

Chelsea berdepan satu lagi tamparan apabila tonggaknya N’Golo Kante dipalit kecederaan terbaharu di Brighton dan dijangka tidak akan disenarai bagi pertembungan dengan Lille.

Lampard bertekad untuk membantu Kante memperoleh prestasi terbaiknya tetapi menegaskan tidak akan tergesa-gesa menyenaraikan semula pemain Perancis itu. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: