41.jpg

- Advertisement -

LONDON: Harry Kane percaya kemenangan Tottenham ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana, Sabtu lalu membuktikan rakan sepasukannya komited terhadap kelab berpangkalan di London itu.

Prestasi Spurs pada musim ini terumbang ambing apabila mereka tewas kepada Leicester dalam kempen Liga Perdana sebelum tersingkir daripada kancah Piala Liga oleh kelab divisyen empat, Colchester.

Spurs menewaskan Southampton 2-1 tetapi terpaksa bergelut selepas kehilangan Serge Aurier susulan kad merah dengan kesilapan tidak sepatutnya Hugo Lloris membenarkan lawan menyamakan kedudukan sebelum Kane meledak gol kemenangan.

Menanti kunjungan juara Jerman, Bayern Munich bagi kempen Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini, Kane percaya persembahan yang ditampilkan ketika bertemu Southampton itu menjadi saksi komitmen pemain terhadap pasukan berkenaan.

“Ia adalah petunjuk yang besar kepada peminat dan juga kelab untuk membuktikan komitmen pemain yang mahu berjuang untuk kelab ini,” kata Kane yang juga kapten England.

“Setiap kali kamu mengharungi situasi yang sukar, itulah yang kamu boleh lakukan. Berusaha keras dan sentiasa mencari jalan untuk menang. Saya tahu peminat menikmati kemenangan itu.

“Sudah tentu, ia bukan kemenangan terbaik kami di gelanggang sendiri, tetapi ia menunjukkan betapa sayangnya kami terhadap kelab.”

Selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Colchester dan Leicester, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino mendakwa ada pemainnya di bilik persalinan mempunyai agenda tersendiri.

Ketika ditanya mengenai situasi berkenaan, Kane enggan mengulasnya dan berkata segala-galanya bergantung kepada pemain.

“Saya fikir persembahan kami membuktikannya dan semua orang berjuang untuk lencana ini,” kata Kane. “Perkara itu sudah berlalu. Apa yang saya boleh katakan adalah saya bangga dengan semua rakan sepasukan saya.” – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d