Peluang Xhaka balas kepercayaan Emery

- Advertisement -
MANCHESTER: Granit Xhaka akan mengetuai Arsenal bagi pertembungan menarik Liga Perdana melawan Manchester United, awal pagi Selasa ini selaku kapten baharu Gunners.
Tetapi pemain tengah Switzerland itu terlebih dulu perlu membalas semula kritikan yang merasakan dia tidak layak untuk memakai lilitan kapten kelab dari London itu.
Disiplin dan kesedaran Xhaxa di benteng pertahanan berulang kali dipersoalkan sejak dia menyertai kelab itu dari Borussia Monchengladbach pada 2016 tetapi kedua-dua, Arsene Wenger dan pengurus ketika ini, Unai Emery konsisten meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 27 tahun itu.
Peminat jelas tidak begitu yakin dan ketika dia dikeluarkan Emery ketika Gunners ketinggalan 2-1 kepada Aston Villa minggu lalu, Xhaxa diejek ketika berjalan keluar daripada padang.
Sekali pun ketinggalan 10 pemain, Arsenal berjaya memenangi perlawanan itu dengan kehebatan Matteo Guendouzi dan Lucas Torreira menyaksikan ramai percaya kedua-duanya lebih layak bermain berbanding Xhaxa.
Sebelum bertemu United, Emery mendedahkan nama yang dipilih sebagai kapten pasukannya menerusi undian pemain, Jumaat lalu dengan Xhaxa muncul sebagai pilihan dan sedar dengan yang kebimbangan peminat terhadap kemampuan pemain berkenaan.
“Dalam bilik persalinan, pemain-pemain mengundinya di tempat pertama sebagai ketua,” kata Emery. “Saya bercakap dengannya, kami mahu mengubah pandangan orang luar. Rasa hormat yang dia dapat dari dalam amat, amat penting.
“Setiap perlawanan baginya, bagi saya, bagi kami semua adalah peluang yang amat bagus untuk menunjukkan kemampuan kami. Saya benar-benar mempercayainya. Dia lelaki yang baik. Seorang yang profesional dan pemain yang baik.”
Arsenal mengeluarkan klausa kontrak yang mengatakan mereka akan melepaskan bekas pengendali Sevilla itu pada penghujung musim ini jika dia gagal untuk membimbing pasukannya layak ke kempen Liga Juara-Juara, musim depan. – AFP