Emery guna kaedah undian pilih kapten – Holding

0

23

- Advertisement -

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery meminta skuad kendaliannya untuk mengundi pilihan terbaik untuk memakai lilitan kapten dalam usaha membina kesepakatan jitu dalam pasukan, kata pertahanan Rob Holding.

Emery memperkenalkan lima kapten baharu sejak tiba di Emirates tahun lalu tetapi pilihan utamanya, Laurent Koscielny, Petr Cech dan Aaron Ramsey sudah meninggalkan kelab.

Pemain tengah, Granit Xhaka ketika ini diberi tanggungjawab itu dalam kempen Liga Perdana tetapi ia tampak tidak begitu meyakinkan selepas dia diejek oleh penyokong sendiri ketika kemenangan ke atas Aston Villa.

Selain itu, Mesut Ozil juga antara lima pemain yang diberikan tugas berkenaan ketika aksi Piala Liga dengan Holding mendedahkan Emery menggunakan kaedah undian di bilik persalinan.

“Dia menggemari kelima-lima kaptennya. Kami semua mengundi pada minggu lalu jadi kita dapat melihat siapa yang dinamakan,” kata Holding.

“Kami hanya menulis nama dan kemudian berikannya kepada pengurus dan dia kemudian akan menilainya dan kita lihat apa yang berlaku. Saya langsung tiada idea (bila pengumuman akan dibuat), tetapi ada begitu banyak pemimpin di dalam pasukan yang membantu satu sama lain dan saling bersaing.”

Arsenal sebelum ini kerap dikritik kerana ketiadaan pemain yang boleh memimpin, masalah yang berlarutan sejak di era Arsene Wenger. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: