Trak pikap Hyundai beralih guna binaan ladder frame

0

13

- Advertisement -

Dalam perkembangan terbaru, trak pikap Hyundai yang dalam pembikinan sekarang ini nampaknya tidak akan menggunakan casis unibody seperti yang dicadangkan pada konsep Santa Cruz Crossover Truck sebelum ini. Sebaliknya, ia akan kembali kepada platform ladder-frame.

“Apa yang jelas, sekiranya kami ingin memperkenalkan sebuah trak pikap, maka ia perlu menjadi sebuah trak pikap dalam ertikata sebenar. Kami telah melepasi halangan pertama iaitu menentukan rupa trak ini, tetapi ia juga perlu mempunyai fungsi yang sepatutnya. Itu bahagian yang lebih penting,” ujar CEO Hyundai Australia, John Kett dalam satu temubual bersama Which Car.

Beliau menambah, pikap Hyundai dengan platform ladder-frame, yang akan bersaing di dalam segmen trak satu tan, akan menjadi pencabar terbaru bagi model-model popular seperti Toyot Hilux dan Ford Ranger. Sama seperti model-model berkenaan, Hyundai akan menawarkan banyak pilihan atau varian berbeza untuk traknya nanti.

“Kami sedang memperhalusi barisan penawaran itu. Biasanya untuk pasaran berkaitan pikap, akan ada penawaran sistem pacuan 4×2 dan 4×4, dan masing-masing ada pilihan enjin atau sistem lain yang datang sekali dan menjadi keperluan pengguna. Kami juga akan melihat ke arah itu,” tambah beliau.

“Kami ingin lebih bijak dalam mengambil keputusan ke arah itu, dan inilah yang sedang kami lakukan ketika ini. Pengurus Produk Hyundai kini memikul banyak tanggungjawab, dan kami tak ingin menunggu lama sebelum memperkenalkan model terbabit. Sangat penting untuk memenangi perhatian dan keyakinan pengguna,” jelas beliau lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d