Facebook beli syarikat pemula teknologi kawal mesin guna fikiran

0

08

- Advertisement -

SAN FRANCISCO: Facebook sedang berunding untuk membeli syarikat pemula yang terbabit dalam pembangunan teknologi menggunakan fikiran untuk mengawal komputer dan peranti lain berbanding menaip kekunci atau menyentuh skrin.

Naib Presiden Reality Maya Facebook, Andrew Bosworth, berkata CTRL-labs akan menjadi sebahagian daripada Facebook Reality Labs dengan sasaran menyempurnakan teknologi itu dan dikomersial sebagai produk pengguna.

“Kita tahu wujudnya cara yang lebih semula jadi untuk manusia berinteraksi dengan peranti dan teknologi,” kata Bosworth dalams satu kenyataan di Facebook bagi mengumumkan pengambilalihan itu.

“Dan kami mahu membinanya. Visi bagi kerja ini adalah menerusi gelang tangan yang membolehkan mereka mengawal peranti menggunakan pergerakan semula jadi.”

Bosworth berkata, gelang tangan itu akan mentafsirkan impuls elektrik yang dihantar ke otot tangan yang akan mengarahkan peranti bertindak balas seperti untuk menekan klik tetikus atau menekan butang kekunci.

Gelang tangan akan mentafsir impuls kepada isyarat yang mana peranti akan memahami dan memikirkan tindakan lain berbanding menekan butang pada komputer, kata Facebook.

“Ia menarik perhatian anda untuk berkongsi foto dengan rakan menggunakan pergerakan semula jadi atau sekadar masuk dalam skop kamera,” kata Bosworth.

“Teknologi seperti ini berpotensi membuka kreativiti baharu dan imaginasi semula inovasi yang berlegar di adab ke-19 dan ke-21.

Facebook bagaimanapun tidak mengumumkan terma kewangan berkaitan pengambilalihan CTRL-labs itu namun spekulasi laporan media menyatakan ia membayar lebih AS$500 juta. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: