08

- Advertisement -

Jenama telefon pintar Oppo sememangnya dikenali kerana menawarkan peranti menerusi tanda harga boleh beli serta berpatutan selain spesifikasinya yang baik berbanding beberapa jenama lain.

Selain daripada padanan spesifikasi yang baik, penawaran harga mampu milik dan inovasi kamera mekanikal pop-naik milik Oppo, jenama ini sangat terkenal dengan pengecas pantas jenis VOOC.

Kebanyakan pengguna memilih untuk membeli Oppo kerana teknologi pengecas pantas mereka yang begitu baik malah jauh meninggalkan beberapa jenama premium yang lain.

Tempoh pengecas kurang 40 minit mampu untuk mencapai 100 peratus bateri dan perkara itu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana jenama lain suatu ketika dulu.

Kali ini, Oppo mengumumkan kejutan baru apabila memperlihatkan teknologi pengecas VOOC yang baru di laman Weibo dan keupayaan untuk pengecas penuh kurang 30 minit.

Oppo juga melaksanakan ujian kepantasan pengecas SuperVOOC apabila Oppo Reno Ace yang mempunyai bateri 10 peratus manakala perbandingan dibuat dengan peranti lain yang memiliki kadar peratusan sama.

Selepas kurang 30 minit, peranti milik Oppo berjaya dicas penuh jauh meninggalkan pesaingnya dan ia membuktikan kejayaan Oppo menerusi teknologi SuperVOOC miliknya.

Oppo Reno Ace dijangka mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dan skrin dengan kadar segar semula 90Hz dan ia bakal menjadi peranti pertama Oppo yang menggunakan teknologi ini.

Peranti berkenaan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini pada satu majlis di China, sekali gus menjadi pengenalan pertama di peringkat global.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: