Gol Maddison ceriakan Leicester

- Advertisement -
LEICESTER, England: James Maddison menjaringkan gol kemenangan untuk membantu Leicester City bangkit daripada ketinggalan dan menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 pada saingan Liga Perdana didominasi drama membabitkan VAR, sebentar tadi.
Video Bantuan Pengadil terbabit dalam babak awal ketika Wilfred Ndidi meledak ke gawang tetapi dinafikan kerana ofsaid.
Tiada persoalan terhadap gol kedua pada minit ke-29 ketika Harry Kane menyudahkan hantaran mengatasi Kasper Schmeichel bagi memberikan Spurs gol pendahuluan.
Serge Aurier merasakan dia sudah menggandakan kelebihan pelawat tetapi sekali lagi VAR campur tangan yang menggembirakan penyokong tuan rumah dengan Son Heung-min didapati ofsaid.
Ricardo Pereira menyamakan kedudukan pada minit ke-69 seterusnya memberi kelebihan buat tuan rumah.
Maddison melengkapkan permainan dengan gol lima minit sebelum tamat.
“Jika kami menjaringkan gol kedua, perlawanan sudah berakhir,” kata pengurus Spurs, Mauricio Pochettino. “Ia memberikan rasa percaya kepada pasukan yang sepatutnya sudah mati.
“Memang benar untuk melepaskan dua gol dalam setiap perlawanan menjadikan ia sukar untuk menang.” – Reuters