08.jpg

- Advertisement -

CYBERJAYA: 5G OpenLab, usaha sama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) dan Cyberview Sdn Bhd, akan membuka pintunya di RekaScape di sini pada 1 Oktober ini untuk membolehkan ahli akademik, perniagaan dan pemaju untuk menguji kes menggunakan 5G baharu.

Makmal seluas 1,102 kaki persegi itu akan menawarkan peluang kepada peserta terpilih untuk menguji kes uji kaji dan prototaip yang akan memanfaatkan kepantasan tinggi super 5G, gelombang frekuensi dan kesalinghubungan pendaman ultra rendah dalam persekitaran secara langsung dan terkawal.

Uji kaji itu akan dilaksanakan menggunakan 100MHz daripada spektrum 3.5GHz, kata Digi dalam satu kenyataan.

“5G akan membawa kemungkinan baharu menyeluruh kepada cara rakyat Malaysia hidup, bekerja dan bermain, dan cara terbaik untuk meneroka kemungkinan berkenaan adalah dengan meletakkan 5G dalam tangan kalangan mereka yang mencipta inovasi dan pemaju,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty.

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Collaborative Research in Engineering, Science and Technology (CREST) akan menjadi antara yang pertama untuk menjalankan uji kaji di makmal itu.

Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM akan menjalankan ujian membabitkan dua kes yang berkaitan ruang pembelajaran realiti maya pendidikan pintar dan avatar realiti luasan untuk bandaraya pintar.

Sementara itu, CREST akan menguji kes penggunaan penjagaan kesihatan digital berkaitan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, surgeri kawalan jauh, pemantauan kawalan jauh untuk Hospital Pintar dan ambulans yang dihubungkan dengan 5G.

-BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d