08

SAN FRANCISCO: Pengeluar telefon pintar iPhone, Apple sedang meningkatkan tawaran kandungan dan perkhidmatannya bagi peranti berkenaan yang bakal dilancarkan Khamis ini.

Apple dijangka memperkenalkan tiga model iPhone yang dinaiktaraf dan pengganti kepada iPhone XR yang lebih mampu milik kerana ia dilihat akan mengekalkan pegangannya dalam pasaran telefon pintar premium dengan harga sekitar AS$1,000.

Bagaimanapun, perkhidmatan, langganan dan kandungan dalam talian berkemungkinan besar akan berkongsi platform yang sama dengan peranti keluaran Apple yang lain kerana firma itu sedang mempertimbang untuk mengubah tumpuan daripada pasaran telefon pintar.

Penganalisis Strategi Kreatif, Carolina Milanesi, berkata pihaknya berpendapat ini adalah acara tahunan pertama yang turut membabitkan aspek perkhidmatan.

“Kita mungkin dapat melihat prestasi Apple sebagai sebuah syarikat apabila mereka membicarakan mengenai perkhidmatan dan perkakas sebagai satu produk,” katanya.

Sementara itu, Penyelidik Firma Radio Free Mobile, Richard Windsor, berkata Apple sedang bergantung kepada iPhone kerana kualitinya yang kukuh.

“Bagaimanapun, ia mungkin tidak melihat pertumbuhan yang kukuh daripada segmen perkakasan atau perkhidmatan.

“Tidak terdapat banyak perkembangan kerana perolehan perkhidmatan akan mengambil tempoh bertahun-tahun untuk mencapai skala yang ditetapkan yang boleh mencetuskan reaksi meluas.

“Bagaimanapun, pasaran mahukan ‘letusan’ dari Apple seiap tahun yang mana ia bermaksud ketiadaan pertumbuhan akan melemahkan prestasi harga saham,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.