31.jpg

- Advertisement -

LONDON: Penyerang England dan Tottenham, Harry Kane bertegas dia tidak sesekali sengaja merebahkan badan selepas didakwa sering terjatuh dalam beberapa perlawanan Liga Perdana baru-baru ini.

Kane merasakan dia berhak diberikan penalti selepas dikasari penyerang Newcastle, Jamaal Lascelles, sebelum sekali lagi terjatuh ketika perlawanan tetangga London menentang Arsenal.

Ketika ditanya sama ada dia sengaja merebahkan badan, pemain berusia 26 tahun itu berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kedua-dua perlawanan berkenaan dengan terjahan terhadapnya layak untuk dikenakan tindakan oleh pengadil.

“Saya berkata selepas perlawanan dengan Arsenal yang ia adalah 50/50, serupa dengan yang kami peroleh di Wembley setahun yang lalu. Ia berlaku dalam bola sepak,” kata Kane.

“Saya adalah seseorang yang menggunakan badan dengan baik, sebagai penyerang kami perlu melakukan yang terbaik di setiap tahap. Di pertengahan padang, ia sentiasa sepakan percuma. Di kawasan penalti, kamu tidak akan sentiasa mendapatnya.

“Pendapat adalah pendapat. Saya tidak memberi tumpuan terhadap perkara itu. Bagi saya, ia adalah mengenai melakukan yang terbaik di atas padang dan paling penting memenangi perlawanan.”

Kane turut mendapat sokongan rakan senegaranya, Danny Rose yang menyifatkannya sebagai profesional sejati.

“Saya tidak melihat sebarang perdebatan membabitkan Harry mengenai sengaja merebahkan badan. Tetapi dia adalah seseorang yang tidak mengambil peduli perkara seperti itu dan orang sepatutnya fokus kepada rekod jaringannya.

“Rekodnya untuk kelab dan negara bukan kebetulan. Ia adalah tindak balas Harry dengan cara dia melakukan hatrik (kemenangan 4-0 England kepada Bulgaria kelayakan Euro 2020).”

Begitupun ironinya, Kane pernah dilayangkan atas kesalahan sengaja merebahkan badan ketika Spurs tewas 0-3 kepada Wolves pada 2018. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: