21

- Advertisement -

LONDON: Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla menandatangani penyerang Mexico,  Javier ‘Chicharito’ Hernandez dari West Ham United dengan perjanjian selama tiga tahun menjelang tarikh tutup jendela perpindahan Eropah, hari ini, umum kedua-dua kelab berkenaan.

Perincian mengenai perpindahan berkenaan tidak didedahkan tetapi media British melaporkan Sevilla membayar sekitar 8 juta pound (RM40.81 juta) untuk khidmat pemain berusia 31 tahun itu.

Hernandez yang pernah beraksi bersama Manchester United masih memiliki kontrak setahun bersama kelab dari London itu.

“West Ham United mengesahkan penyerang Chicharito sudah menyertai kelab La Liga Sepanyol, Sevilla secara tetap,” kata West Ham dalam satu kenyataan.

“Perpindahan pemain dari Mexico itu mengakhiri tempohnya selama dua tahun di Timur London yang menyaksikan dia menjaringkan 17 gol dalam 63 perlawanan bersama pasukan.”

Selain United, Hernandez pernah bermain di Bundesliga bersama kelab Bayer Leverkusen dan dia tidak asing di La Liga selepas pernah bermain bersama Real Madrid selama semusim secara pinjaman pada kempen 2014-15.

Hernandez adalah pembelian ke-14 Sevilla yang dikendalikan Julen Lopetegui dengan kelab itu ketika ini menghuni tangga ketiga La Liga selepas mengharungi tiga perlawanan. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d