Firmino pemain Brazil paling berbisa

72.jpg

- Advertisement -

LIVERPOOL: Roberto Firmino menjadi pemain Brazil pertama menjaringkan 50 gol dalam Liga Perdana Inggeris selepas jaringannya pada minit ke-80 memberikan Liverpool tiga mata di Burnley.

Penyerang itu turut membantu Sadio Mane menjaringkan gol kedua Reds dan menemui gawang menerusi sepakan leret ketika Liverpool menang 3-0 di Turf Moor.

Pemain berusia 27 tahun itu mencipta 141 penampilan di liga utama, secara purata mencatat 0.35 gol setiap perlawanan.

Firmino mengatasi ramai pemain berbakat negaranya ketika menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan awal musim 2019-20.

Philippe Coutinho kini di kedudukan kedua senarai penjaring dengan 41 gol buat Liverpool antara 2013 hingga 2018.

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus berkongsi kedudukan keempat dengan 28 gol Liga Perdana dalam 70 penampilan sejak menyertai kelab itu dari Palmeiras pada Januari 2017.

Pemain Middlesbrough, Juninho Paulista menjaringkan 29 gol sepanjang dua kali bersama kelab Teesside itu.

Chelsea memiliki tiga wakil dalam 10 penjaring terbanyak. Pemain tengah Willian (28), Oscar (21) dan Ramires (17) sudah mengumpul 66 gol Liga Perdana antara mereka.

Bekas pemain tengah Arsenal yang sudah bersara, Gilberto Silva turut tersenarai dengan 17 gol liga dalam enam musim. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: