Model telefon baharu Huawei tanpa aplikasi Google

0

FILE PHOTO: A Huawei company logo is pictured at the Shenzhen International Airport in Shenzhen, Guangdong province, China July 22, 2019. REUTERS/Aly Song/File Photo

FILE PHOTO: A Huawei company logo is pictured at the Shenzhen International Airport in Shenzhen, China
FILE PHOTO: A Huawei company logo is pictured at the Shenzhen International Airport in Shenzhen, Guangdong province, China July 22, 2019. REUTERS/Aly Song/File Photo

- Advertisement -

TOKYO: Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan mula memberikan kesan kepada Huawei Technologies Co, selepas Google mengesahkan telefon akan datang Huawei tidak akan memiliki aplikasi berlesen Google.

Firma gergasi China itu dijangka memperkenalkan model baharu Mate 30 Pro bulan depan, pelancaran telefon utama pertamanya sejak syarikat itu disenarai hitam oleh AS dan dilarang berurus niaga dengan rakan perniagaan AS.

Pentadbiran Donald Trump beberapa kali memberikan isyarat akan melonggarkan sekatan ke atas Huawei, mencetuskan ketidakpastian mengenai keupayaannya untuk bekerjasama dengan pembekal cip dan perisian dari AS.

Namun, Google kini berkata aplikasi berlesennya tidak akan disediakan untuk model akan datang Huawei.

Bagi Huawei, ia secara efektif menjejaskan Mate 30 Pro bagi pasaran selain China.

Bloomberg News pada Jun lalu melaporkan bahawa senarai hitam akan menyebabkan 40 hingga 60 peratus penurunan jualan di luar negara.

Seorang eksekutif kanan Huawei bulan ini berkata, sekatan akan memberi kesan kesan ke atas perniagaan pelanggan berjumlah kira-kira AS$10 bilion dari segi pertumbuhan pendapatan, ‘kurang sedikit’ berbanding anggaran awal pengasasnya, Ren Zhengfei.

“Huawei tidak dapat meneruskan kelangsungannya di luar China sebagai satu jenama tanpa aplikasi dan perkhidmatan Google,” kata penganalisis industri mudah alih Moor Insights & Strategy, Anshel Sag.

Tarikan utama Android adalah ekosistem aplikasinya, sama ada secara terus daripada Google atau pihak ketiga melalui pemaju aplikasi dan penyedia perkhidmatan.

Tanpa keupayaan memasarkan peralatan dengan aplikasi milik Google seperti YouTube, Chrome, Gmail atau Google Maps, ia akan memberi kesan ke atas tawaran Huawei.

Tanpa Google Play Store, satu lagi aplikasi berlesen Google, model Mate 30 Pro kehilangan akses kepada ekosistem aplikasi Android dan boleh dianggap sebagai kurang berguna.

-Bloomberg

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d