OPPO rangsang golongan muda tampilkan kreativiti

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Telefon pintar OPPO yang mempunyai teknologi terkini dan ciri canggih, kini boleh diumpamakan seperti mini poket kamera DSLR yang boleh dibawa ke mana-mana, tanpa perlu membawa peralatan tambahan lain.
Setiap imej diambil menerusi telefon pintar OPPO dengan menggunakan ciri-ciri tertentu, memberi hasil cantik dan berkualiti seakan sama kamera DSLR.
Ini terbukti, menerusi pertandingan ‘Beyond Your Vision’ anjuran BH dengan kerjasama OPPO, apabila setiap pemenang berjaya membuktikan imej diambil dengam kamera telefon pintar OPPO, cantik dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Pengarah Jenama OPPO Malaysia, Nikki Chen, berkata OPPO sentiasa komited untuk merangsang golongan muda untuk menampilkan kreativiti mereka menerusi kamera telefon pintar saja.
Katanya, justeru menerusi pertandingan itu OPPO berharap ia dapat memberi inspirasi kepada golongan muda untuk melihat dunia fotografi dari persepektif berbeza, berbanding kebiasaannya.
“OPPO mencipta konsep ‘DSLR di dalam poket’ semata-mata untuk memberi kelainan dan menggalakkan pengguna OPPO untuk melihat visi mereka dari sekeping lensa baharu.
“Tambahan pula, OPPO kini tampil dengan OPPO Reno 10x Zoom yang dapat memaksimumkan potensi kreativiti dengan lebih mendalam, ” katanya ketika pada Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF), dekat sini.
Pada festival berkenaan, OPPO dengan kerjasama KLPF turut mengumumkan senarai pemenang bagi pertandingan yang diadakan di beberapa platform media yang berakhir pada 20 Ogos lalu dan OPPO Ultimate Award.
Kira-kira 7,000 penyertaan diterima di semua platform media dengan ganjaran hadiah ditawarkan bernilai lebih RM95,000.
Pemenang pertama OPPO Ultimate Award, Lee Fong Yeen, 27, berkata beliau menghantar lebih daripada 20 gambar untuk beberapa tema pertandingan berkenaan.
Katanya, namun tidak menyangka menjadi pemenang utama memandangkan ramai jurugambar berbakat.
“Saya gembira peluang diberikan OPPO Malaysia dan dapat mempamerkan gambar saya di KLPF ini. Saya akan menggunakan telefon pintar yang diterima dan mencuba bereksperimen menghasilkan beberapa gambar dengan ciri yang ada pada OPPO ini, ” katanya yang menerima wang tunai RM3,000 dan dua telefon pintar OPPO edisi Barcelona.
Sementara itu, jurugambar profesional, Ben Hor berkongsi tips untuk mendapatkan gambar terbaik, seseorang perlu mengambil beberapa keping gambar tanpa jemu.
“Kamera telefon pintar OPPO ini boleh dianggap sebagai terbaik kerana memiliki tiga kamera untuk gambar lebih jelas, mempunyai mode yang boleh mengawal kamera dan pelbagai fungsi canggih.
“Apa yang penting, sering bereksperimen dengan kamera telefon anda bila-bila dan di mana-mana saja, ” katanya.