HUAWEI nova 5T tampil julung kali di KLFW

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi gergasi China, Huawei menampilkan siri baharu HUAWEI nova 5T buat pertama kali di Pameran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW 2019).
Tetamu bertuah di Pameran Fesyen #WeAreNova HUAWEI menjadi antara kelompok pertama di dunia berpeluang menyaksikan siri baharu HUAWEI nova itu.
HUAWEI nova 5T, ikon dinamik yang menggabungkan gaya dengan inovasi, dengan jelas menawan penonton fesyen dengan reka bentuk bergaya yang anggun dipadankan dengan warna cerah.
Pameran fesyen yang direka khas untuk HUAWEI nova juga mempamerkan HUAWEI Earphone Bluetooth FreeLace, HUAWEI Watch GT, HUAWEI Watch GT Elegant dan HUAWEI Mediapad M5 Lite Tablet.
Pada pameran itu juga menyaksikan lebih 70 pakaian eksklusif, aksesori dan barangan bergaya yang direka oleh pereka fesyen tempatan dalam pertandingan reka fesyen #WeAreNova diperagakan.
Lima pereka terbaik yang berjaya menggabungkan teknologi dan gaya, dipilih oleh panel hakim KLFW, mendapat pengiktirafan sebagai kegemaran nova Lima Terbaik pada Pameran Fesyen #WeAreNova HUAWEI.
Pada pameran fesyen itu juga turut ditampilkan logo HUAWEI nova baharu.
Logo baharu itu menyatukan empat unsur, n-o-v-a ke dalam monogram yang unik, yang mewakili generasi muda, meraikan kebahagiaan dan kebebasan.
Siri HUAWEI nova adalah benar-benar satu usul gaya hidup yang mewujudkan hubungan emosi dan memotivasikan semua untuk menjalani kehidupan yang pelbagai.
Pelancaran HUAWEI nova 5T akan diadakan pada 27 Ogos 2019 dan ia boleh disaksikan secara langsung dalam laman Facebook HUAWEI Mobile Malaysia.