08

KUALA LUMPUR: Telefon pintar Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ kini mula dijual di Malaysia, sempena pameran bergerak Samsung Malaysia Electronics di seluruh negara.

Mulai hari ini hingga Ahad, pameran bergerak Galaxy Note 10 berlangsung di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, Mid Valley Southkey Johor Bharu, Queensbay Mall Penang, East Coast Mall Kuantan, dan Imago Kota Kinabalu Sabah.

Pembeli awal akan menerima rebat tunai RM1,000 apabila membeli mana-mana dua unit Galaxy Note 10 atau Galaxy Note 10+ menerusi Promosi Tier 1, berserta hadiah menarik seperti Galaxy Fit dan Galaxy Watch Active baharu.

Pelanggan pertama, Dr Amuthameena Manoharan, pengguna Galaxy Note 5 membeli Note 10+ dengan kapasiti storan 256GB.

“Saya sudah menunggu sejak 2 pagi ini untuk membeli Note 10. Ciri yang saya cari ialah telefon yang lebih nipis dan lebih ringan serta skrin terbesar,” katanya kepada Bernama pada pameran Samsung Note 10 di sini, hari ini.

Antara ciri menarik telefon pintar itu ialah tempoh pengecasan yang sangat pantas, PowerShare tanpa wayar, sistem penyejukan wap paling nipis, yang menawarkan prestasi optimum semasa permainan serta kelajuan pantas.

Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ (256GB) masing-masing berharga RM3,699 dan RM4,199, manakala mereka yang mahukan kapasiti yang lebih besar, boleh memilih Galaxy Note10+ (512GB) pada RM4,799.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.samsung.com/my.

-BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.