5 imej bidikan tercantik menang OPPO Reno

KUALA LUMPUR: Terbukti imej yang cantik tidak terhad ketika menggunakan kamera DSLR saja, sebaliknya kini dengan teknologi canggih telefon pintar juga mampu menghasilkan sekeping gambar menakjubkan.
Bagi membuktikannya, BH dan OPPO bekerjasama dalam pertandingan ‘Beyond Your Vision’ untuk memberi inspirasi kepada pencinta fotografi generasi baru dengan matlamat untuk menggalakkan lebih ramai orang mengabdikan kehidupan seharian mereka menerusi foto dan menyatakan diri mereka secara kreatif untuk melihat wawasan mereka.

- Advertisement -
Tempat pertama: Sharkawi Che Din
Menerusi pertandingan berkenaan, sekeping gambar bertemakan patriotisme yang diambil oleh Pensyarah, Sharkawi Che Din, 48, dipilih sebagai pemenang utama.
Imej yang dihasilkan memberi gambaran bahawa Malaysia memerlukan generasi sekarang untuk mencorak masa depan negara menjadi lebih baik.
Sharkawi berkata, beliau menggunakan subjek iaitu budak kecil sambil memegang bendera bagi melambangkan semangat patriotisme dengan menggunakan ‘low angle’ supaya nampak kedudukan kanak-kanak itu lebih tinggi, biarpun hanya duduk di atas pokok rambutan yang renek.
“Ciri yang saya gunakan ialah potret supaya subjek lebih jelas dengan latar belakang kabur. Kualiti yang terhasil seperti kamera DSLR juga kerana saya juga menggunakan mod potret untuk OPPO F11.
“OPPO F11 juga memiliki 48MP + 5MP Dwi Kamera Belakang, jadi pada saya gambar yang diambil sudah cukup cantik dan memuaskan hati. Tidak perlu membawa kamera DSLR ke mana-mana kerana dengan OPPO semuanya mudah saja,” katanya.
Pemenang kedua

Telefon pintar OPPO memang dikenali kerana kualiti fungsi kamera mereka seperti di lihat melalui imej ini yang diambil oleh OPPO R9S. Imej kelihatan jelas , tidak kabur dan warna matahari terbenam amat menakjubkan.
Pemenang ketiga

Gambar pemenang ke -tiga ini diambil oleh OPPO F11 Pro mempunyai 48MP +5MP Dwi Kamera yang mampu menangkap setiap detail garisan simetri menara kembar. OPPO F11 Pro juga mempunyai Mod Malam Ultra 2.0 yang digunakan untuk mencapai fotografi malam yang cerah dan jelas.
Hadiah sagu hati 1

Pemenang menangkap gambar ini menggunakan OPPO RS9 dapat mencapai warna yang lebih terang dan gambar asli yang menghasilkan night shot yang menakjubkan semudah tekanan butang. Dapatkan warna lebih menarik yang mana ia memanfaatkan AI untuk mengenalpasti imej supaya tahap warna lebih tepat and tajam.
Hadiah sagu hati 2

OPPO mengutamakan kejelasan imej dan ingin mencapai tanpa mengira waktu justeru mencipta Mod Malam Ultra yang digunakan untuk mencapai fotografi malam yang cukup cerah dan jelas. Kemahiran peranti lunak Mod Malam Ultra boleh dilihat di gambar ini yang ditangkap oleh OPPO F11 Pro.
Peraduan Fotografi OPPO “Beyond Your Vision Photography” anjuran BH dengan kerjasama OPPO yang berlangsung dari 22 Julai sehingga 20 Ogos ini menerima lebih daripada 291 penyertaan yang terbuka hanya kepada pengguna OPPO saja.
Hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM95,000 yang mana syarat utamanya setiap gambar dipertandingkan perlu disertakan ‘watermark’ dan tanda pagar model telefon digunakan.
Peraduan diadakan ini bertujuan memberi inspirasi kepada golongan muda yang gemar mengembara dan melakukan aktiviti lasak untuk diabadikan di dalam telefon bimbit.
Justeru peraduan ini adalah medium tepat untuk memperlihatkan daya kreativiti anda.
Sementara itu, Pengarang Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Salina Abdullah, berkata pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kreativiti yang memaparkan nilai perpaduan dan kemasyarakatan, seiring dengan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pameran OPPOxKLPF dan OPPO Ultimate Award
Bukan setakat itu sahaja, setiap pemenang juga berpeluang untuk mempamerkan gambarnya di Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos ini di VivaHome Exhibition.
Disamping itu, jurufoto berpengalaman juga akan menjadi tetamu jemputan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai ciri telefon pintar OPPO ini.
Pemenang juga diberi peluang untuk bertanding dalam OPPO Ultimate Award bagi merebut hadiah wang tunai bernilai RM3,000 (tempat pertama), RM2,000 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga).
Ia akan diadili oleh tiga jurufoto professional iaitu Grey Chow, Keda Z, dan Alex Tan.

Siri OPPO Reno
Dengan pelbagai ciri terbaik yang terdapat pada telefon pintar OPPO 10x Zum Hibrid + 60x Zum Digital di pasaran antaranya dikuasakan oleh Snapdragon 855 Processor dengan mempunyai 8GB RAM+256GB ROM simpanan memori ia juga dilengkapi kamera terangkat pivot, struktur tri-kamera yang dilengkapi lensa utama 48 megapiksel (MP), lensa telefoto 13MP dan lensa ultra lebar 8MP.
Malah nisbah skrin untuk paparan penuh pula ialah 93.1 peratus yang dapat memberi pengalaman terbaik sepanjang menggunakannya dan sesuatu yang tidak boleh anda tolak apabila membabitkan penggunaan harian mahu pun ketika bermain permainan.
Sementara itu, bagi OPPO Reno Standard, ia turut mempunyai persamaan dengan Siri OPPO Reno iaitu mempunyai kamera terangkat pivot, dilengkapi dengan 48MP +5MP dwi-kamera belakang dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710 iaitu program terbaik untuk penggunaan harian anda serta dengan keupayaan penjimatan kuasa mengagumkan.
Harga OPPO Reno 10x Zoom ialah RM3,399, manakala harga OPPO Reno Standard ialah RM1,999.

OPPO kekal di tempat kedua di pasaran Malaysia
Dalam pada pasaran telefon pintar berdepan dengan kemelesetan berterusan akibat ekonomi global yang merudum, namun OPPO sebaliknya apabila pertumbuhannya semakin baik.
Menurut laporan Canalys Q1 2019, OPPO berjaya menduduki senarai tempat kedua jenama telefon pintar dengan 18.3 peratus pasaran di Malaysia, malah turut mengekalkan kedudukan itu sejak Q3 2018.