31.jpg

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer secara rasmi menamakan Marcus Rashford sebagai pemain yang bertanggungjawab mengambil penalti buat Manchester United susulan insiden memalukan di Wolves, awal pagi semalam, menurut laporan media di Britain.

Pada perlawanan di gelanggang Wolves itu, Paul Pogba meranapkan peluang United untuk melakar kemenangan selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol lawan, Rui Patricio untuk permainan terikat 1-1.

Dia sebelum itu dikatakan meminta kepada Rashford untuk mengambil penalti berkenaan sekali pun penyerang England itu menyempurnakan penalti ketika United menewaskan Chelsea pada aksi pembukaan Liga Perdana.

Keputusan untuk membiarkan pemain kebangsaan Perancis itu melakukan penalti berkenaan mencetus kritikan dan selepas perlawanan, Solskjaer dikatakan meluahkan kemarahannya di bilik persalinan.

Menurut The Sun, Solskjaer sudah memberitahu skuad kendaliannya Rashford adalah pemain yang ditugaskan mengambil penalti serta memarahi kedua-dua pemain berkenaan kerana kegagalan mereka untuk memutuskan siapa bertanggungjawab melakukannya sebelum permainan.

Pengendali kelahiran Norway itu dikatakan malu dengan situasi berkenaan.

United begitupun meraih penalti berkenaan selepas Pogba dijatuhkan oleh pertahanan Wolves, Conor Coady.

United selepas ini dijadual bertemu Crystal Palace di Old Trafford, Sabtu ini. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.