28

- Advertisement -

London: Arsenal merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Burnley 2-1 di Emirates, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Unai Emery sebelum ini membuka tirai kempen musim baharu dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle United, minggu lalu.

Pada aksi bertemu Burnley, The Gunners tidak menunggu lama untuk meledak gol pertama menerusi jaringan Alexandre Lacazette pada minit ke-13.

Bagaimanapun, Burnley berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama perlawanan menerusi jaringan Ashley Barne minit ke-43.

Bersambung babak kedua, anak buah Emery tampil lebih bertenaga khususnya di bahagian jentera serangan dan berjaya meledak gol kedua menerusi penyerang antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang minit ke-64.

Aksi ketiga liga minggu depan dijangka menjadi ujian sebenar buat Arsenal bagi kempen musim ini apabila dijadual bertemu juara Liga Juara-Juara, Liverpool. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d