Guardiola tabik kehebatan Spurs

23

LONDON: Manchester City akan berdepan pasukan kedua terbaik di Eropah apabila mereka bakal melayan kunjungan Tottenham Hotspur awal pagi esok, kata pengurusnya, Pep Guardiola.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengakui aksi menentang finalis Liga Juara Juara musim lalu, sebagai aksi yang sukar buat anak buahnya.

“Sejak saya berada di England, mereka sentiasa menjadi pencabar pada setiap musim,” katanya terhadap pasukan yang menyingkirkan City daripada saingan Eropah itu musim lalu.

“Pada musim pertama saya di sini, mereka menamatkan saingan di tangga kedua. Dalam dua musim terakhir, kami memenangi kejuaraan namun mereka sentiasa memberikan kesukaran kepada kami.

“Pada pandangan saya, mereka adalah pasukan kedua terbaik di Eropah. Itu sudah cukup bagi saya,” katanya.

Kekalahan pertama yang dialami Guardiola dalam saingan liga sebagai pengurus City adalah di tangan Tottenham pada 2016. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: