Saham teknologi tarik turun Wall Street

Traders work after the opening bell at the New York Stock Exchange (NYSE) on July 29, 2019 located at Wall Street in New York City. - Wall Street stocks were mostly lower early Monday at the start of a week jammed with news, including a Federal Reserve decision and Apple results. (Photo by Johannes EISELE / AFP)

US-ECONOMY-NYSE

NEW YORK: Wall Street ditutup rendah selepas Presiden Donald Trump memberi amaran ke atas China di tengah-tengah rundingan perdagangan yang sedang berlangsung, sekali gus memberikan tekanan ke atas saham teknologi.

Pelabur juga menjangka pemotongan kadar faedah akan dilaksanakan Rizab Persekutuan selepas mesyuarat monetari berakhir.

Tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) ditutup rendah, ditarik turun saham teknologi dan pengguna.

Ketika mana rundingan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia disambung di Shanghai pada Selasa, Trump memberi amaran kepada China supaya jangan cuba melengahkan rundingan.

Data Jabatan Perdagangan menunjukkan bahawa perbelanjaan pengguna AS dan harga naik sederhana pada Jun, mencadangkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan memperkuatkan kes untuk melonggarkan dasar monetari.

Dow Jones Industrial Average turun 23.33 mata atau 0.09 peratus kepada 27,198.02.

S&P 500 turun 7.79 mata atau 0.26 peratus kepada 3,013.18.

Nasdaq Composite turun 19.72 mata atau 0.24 peratus kepada 8,273.61.

Lebih separuh daripada 500 syarikat S&P sudah menerbitkan laporan pendapatan suku kedua, yang mana 75.9 peratus mengatasi jangkaan keuntungan penganalisis, demikian menurut data Refinitiv.

Jumlah dagangan pada bursa AS adalah sebanyak 6.47 bilion saham, berbanding 6.07 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: