Karnival HUAWEI tawarkan hadiah bernilai sehingga RM1 juta

- Advertisement -
Karnival HUAWEI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba dengan menawarkan pelbagai hadiah premium dan kejutan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Banyak kegembiraan termasuk diskaun dan tawaran eksklusif untuk pengguna dijanjikan pada karnival ini.
Istimewanya, pada karnival ini juga akan menampilkan pelancaran HUAWEI Y9 Prime, berharga hanya RM899 dengan memberi peluang kepada pembeli bertuah memenangi sebuah Mercedes Benz.
Dengan pelancaran Y9 Prime, HUAWEI berusaha menghasilkan produk berteknologi canggih dan estetika peringkat pertama yang berpatutan untuk membentuk semula pasaran telefon pintar peringkat baharu.

HUAWEI Y9 Prime berharga RM899 boleh didapati di semua kedai jenama HUAWEI dan Kedai rasmi online HUAWEI.
Telefon pintar ini boleh didapati dalam warna Midnight Black, Sapphire Blue dan Emerald Green.
Pengguna juga boleh menebus ganjaran eksklusif daripada pelbagai rakan kongsi jenama melalui Pusat Ahli HUAWEI.
Buat kali pertama, HUAWEI memperkenalkan program ganjaran kepada pengguna untuk siri Y.
Hadiah menarik menanti pelanggan

Karnival HUAWEI bermula 27 Julai hingga 4 Ogos, membolehkan pelanggan yang membeli peranti HUAWEI dalam talian atau dari cawangan karnival HUAWEI yang berlangsung di seluruh Malaysia, berpeluang memenangi pelbagai hadiah menakjubkan.
Antaranya seperti Mercedes GLA200 Night Edition, 100 unit E-bike Orbit dan 400 unit Starlight Electric Scooters.
Terdapat juga hadiah menarik lain untuk dimenangi!
Tebus hadiah percuma
Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus hadiah percuma di kawasan hotspot HUAWEI terpilih.
Langkah 1: Beli model terpilih ketika tempoh karnival dari 27 Julai hingga 4 Ogos
Langkah 2: Simpan resit sebagai bukti pembelian dan dapatkannya di 30 hotspot HUAWEI.
Langkah 3: Spin & Win atau Draw Dip di 30 hotspot HUAWEI untuk berpeluang memenangi edisi Mercedes baru GLA200 Night serta E-bike Orbit dan Scooters Electric Starlight.
Peserta perlu memenuhi tiga langkah mudah:
1. Imbas kod QR
2. Jawab soalan mudah
3. Lampirkan resit sebagai bukti pembelian.
Selepas menyelesaikan tiga langkah mudah di atas, peserta hanya perlu menunggu pengumuman pemenang pada 30 Ogos melalui halaman Facebook rasmi Huawei.
HUAWEI Y9 Prime 2019

Terdapat banyak keistimewaan HUAWEI Y9 Prime, ia bukan hanya dijual pada harga berpatutan dan mampu dimiliki, tetapi ia menampilkan ciri-ciri menarik yang ada pada telefon premium seperti kamera auto pop-up, paparan skrin besar, bateri dan simpanan yang besar.
Semua yang ada pada HUAWEI Y9 Prime ini adalah sangat sesuai untuk pengguna yang mahu mengambil gambar berkualiti, bermain permainan dan menonton video dan filem menggunakan peranti.
Kamera Auto Pop-Up
Bahagian depan kamera secara automatik akan terangkat dalam masa satu saat apabila pengguna mahu mengambil gambar swafoto atau secara berkumpulan dan kembali asal sebaik selesai digunakan.

Kamera pop up ini direka untuk auto naik dan turun sebanyak 100,000 kali. Jika anda menggunakan bahagian depan kamera 100 kali sehari ia akan bertahan sehingga lebih dua tahun.
Kamera pop-up depan 16MP ini dengan 1.0μm piksel dan aperture F / 2.2 disokong oleh ciri binaan dalaman. Kamera ini boleh mengenal pasti langit biru, hijau, suasana dalaman dan landskap bersalji. Ia juga boleh mengubah parameter untuk mengoptimumkan keadaan pencahayaan semula jadi. Sebanyak lapan senario disokong oleh ciri AI.
Skrin besar

Huawei Y9 Prime dipasang dengan skrin paparan LCD 6.59 inci memaparkan gambaran lebih jelas tanpa sebarang gangguan takuk.
Anda akan mendapat pengalaman menyeronokkan apabila menonton video, filem, bermain permainan atau membaca e-buku dan majalah.
Bateri besar

Dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh adalah peranti pintar jimat tenaga yang mampu meningkatkan kuasa keseluruhan.
Huawei Y9 Prime boleh menyokong kesemua tugasan harian anda.
Penyimpanan besar

Anda boleh menyimpan kesemua saat yang tidak akan dilupakan dengan HUAWEI Y9 Prime.
Kesemua gambar berharga, video, pesanan dan permainan boleh disimpan dengan adanya ruang penyimpanan sebesar 128 GB ROM dan ditambah lagi 512 GB storage.
Ciri-ciri lain

Dijana cip Kirin 710 dan mempunyai penyimpanan memori sebesar 4GB RAM menjadikan ia lebih pantas dan lebih cekap di samping tiga kamera dengan USB Type-C / Port Pengecasan * Reka bentuk premium * Android Pie EMUI 9.0.
Jangan lepaskan peluang mengunjungi lokasi terpilih atau layari laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat Karnival HUAWEI dan HUAWEI Y9 Prime 2019.
Kunjungi Karnival HUAWEI esok untuk dapatkan HUAWEI Y9 baharu dan pengguna bertuah boleh memenangi hadiah menakjubkan berjumlah RM1 juta.