23

- Advertisement -

LONDON: Pengendali Arsenal, Unai Emery berkata kelab itu perlu realistik dan mengakui wujud jurang besar di antara skuad kendaliannya dengan dua pasukan yang mendominasi Liga Perdana musim lalu.

Arsenal menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kelima, ketinggalan satu mata di belakang Tottenham yang menamatkan kempen di tangga keempat sekali gus menyaksikan Gunners terlepas tiket ke Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Pasukan itu sekali lagi dipalit kekecewaan apabila tewas kepada Chelsea di final Liga Europa dengan sasaran mereka pada musim ini adalah untuk kembali menduduki tangga empat teratas liga.

Begitupun, ia tidak bermakna mereka akan mencabar kedudukan penyandang juara, Manchester City dan Liverpool dengan Emery menjelaskan ia adalah disebabkan jurang besar yang direkodkan dua pasukan berkenaan musim lalu.

“Kami perlu realistik yang jurang di antara Liverpool dan Manchester City dengan kami adalah jumlah mata (amat besar),” kata Emery. “Kami perlu mengurangkannya, kami mahu menjadi lebih kompetitif.

“Kami perlu meningkatkan pertahanan tanpa hilang kekuatan di bahagian serangan, kerana idea utama kami dalam meningkatkan pasukan ini adalah untuk menyerang.

“Kadang kala benar kami bergelut ketika bertahan dan perlu mencari keseimbangan. Kadang kala kami mencapainya pada tahun lalu. Dan cabaran kami adalah untuk terus melakukannya.

“Ketika ini, kami realistik. Manchester City dan Liverpool amat kuat, tetapi kami mahu melakukannya dengan cara kami. Untuk berada di kedudukan empat terbaik juga sukar kerana Tottenham sedang meningkat, Chelsea juga mengekalkan pemain mereka (selain Eden Hazard) dan boleh meneruskan prestasi sama. Manchester United di belakang kami tetapi mereka mempunyai banyak potensi.

“Jadi kami perlu mempercayai perjalanan kami, kami perlu percaya dengan proses, dan pemain-pemain. Kami memiliki pemain yang amat bagus, pemain muda dan kami ingin menandatangani dua atau tiga lagi pemain,” kata Emery yang mengharungi kempen pertamanya di liga Inggeris, musim lalu. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: