Y9 Prime buah tangan baharu Huawei

- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Huawei Y9 Prime, buah tangan terbaharu daripada gergasi telekomunikasi China, Huawei bakal dilancarkan Sabtu ini, dengan tawaran harga mampu milik hanya RM899.
Huawei Y9 Prime dilengkapi dengan kamera pop naik yang disepadukan dengan paparan lebih jelas serta menawarkan peningkatan grafik dan tontonan lebih jelas.
Telefon pintar berkenaan dilengkapi kuasa pemproses Kirin 710F dan sistem pengendalian pintar EMUI 9.
Huawei Y9 Prime juga memiliki jangka hayat bateri tahan lama, fotografi yang dibantu dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ciri baharu kamera pop naik juga membolehkan pengaktifan secara automatik ketika penggunaan kamera hadapan, selain direka dengan mekanisme perlindungan pintar yang boleh mengesan kejatuhan telefon.
Dengan kata lain, jika fungsi kamera berkenaan digunakan sehingga 100 kali sehari, ia masih mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 2.7 tahun.
Produk terbaharu itu ditawarkan dalam tiga warna iaitu ‘Midnight Black’, ‘Sapphire Blue’ dan ‘Emerald Green’
Ia akan dijual di semua rangkaian kedai Jenama Huawei dan kedai atas talian rasmi Huawei pada harga RM899.
Semalam, Huawei Malaysia mengumumkan peraduan eksklusif di media sosial sosial yang menawarkan set telefon bimbit terbaharunya Huawei Y9 Prime 2019 kepada pemenang bertuah.
Pertandingan ‘Teka Harga : Menangi Huawei Y9 2019’, bermula jam 12 tengah malam 22 Julai sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Sejak minggu kedua bulan ini, Huawei sudah mempromosikan produk terbaharunya itu menerusi laman rasminya di Facebook sebagai paparan awal mengenai spesifikasi telefon pintar itu yang bakal menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi.