25.jpg

WASHINGTON: Jurgen Klopp berkata Liverpool sedang berusaha untuk menandatangani beberapa pemain tetapi tidak berupaya mengeluarkan ‘belanja besar’ ketika ini.

Liverpool berbelanja mewah pada 2018 bagi mendapatkan Virgil van Dijk, Alisson, Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri tetapi menjelang musim 2019-20, mereka hanya membawa masuk pertahanan muda, Sepp van den Berg dari kelab PEC Zwolle.

Penyerang Lille, Nicolas Pepe dilaporkan menjadi sasaran juara Eropah itu bagi meneruskan kejayaan yang dicapai musim lalu tetapi Klopp memberi bayangan situasi berkenaan sukar untuk direalisasikan.

“Ia tidak mudah,” kata Klopp. “Saya pernah berkata pada tahun lalu untuk meningkatkan pasukan tidak mudah tanpa jumlah wang yang munasabah. Dengan dana yang gila, kamu sentiasa boleh melakukannya, baiklah, kamu akan membayar apa saya yang kamu mahu, jadi ia tidak mustahil.

“Kami bulan kelab seperti itu. Kami tidak melakukannya. Kami memang kaya tetapi kami tidak mampu melakukan seperti sesetengah pasukan lakukan. Itulah hakikatnya.

“Tetapi kami juga tidak perlu melakukannya. Kami perlu menjadi jalan penyelesaian ketika musim berlangsung. Benar, kamu kadang kala memperoleh penyelesaian ketika perpindahan dan kami juga pernah melakukannya.

“Saya tidak mempunyai senarai pemain, semua orang mengetahuinya. Tetapi kadang kala kamu mendapat penyelesaian di pusat latihan dan itulah yang kami lakukan sekarang.

“Kami sedang membuat penilaian tetapi ia tidak akan menjadi perpindahan (terbesar) untuk Liverpool. Ia hanya perpindahan yang biasa. Kami akan lihat apa yang boleh dibuat, dan jika kami tidak lakukan apa-apa pada penghujungnya ia adalah disebabkan alasan lain.

“Ia adalah mengenai bagaimana untuk memanfaatkan pasukan ini. Ketika perpindahan, kamu perlu membina pasukan yang kamu fikir dapat mengharungi musim ini tetapi saya sudah mempunyai pasukan.

“Jika kami boleh mendapatkan seseorang untuk menjadikan kami lebih baik, kami akan pertimbangkan. Jika tidak, pasukan ini sudah ada dan kami akan mencari penyelesaian di lain masa.”

Liverpool juga mengesahkan pemainnya, Yasser Larouci berdepan kecederaan ketika menentang Sevilla tetapi ia tidak serius. – Agensi

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.