Jualan telefon pintar realme di Malaysia disasar meningkat

0

08

- Advertisement -

SUBANG JAYA: Syarikat teknologi global dari China, realme Malaysia yakin jualan telefon pintarnya di Malaysia bakal melonjak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh, berkata, ketika ini telefon pintarnya menguasai kurang daripada lima peratus penguasaan pasaran.

“Kami baru memasuki pasaran Malaysia sejak 2018 dan sudah menguasai pasaran walaupun dengan peratusan yang kecil selain angka jualan yang memberangsangkan.

“Kami yakin, promosi dan pengenalan berterusan telefon pintar kami akan menjadikan angka penguasaan pasaran dan jualan di Malaysia akan meningkat.

“Lantaran itu juga, kami memperkenalkan ‘tagline’ baharu iaitu ‘Dare To Leap’ mewakili semangat dan memberikan pelanggan lebih pilihan dari segi rekaan dan kualiti,” katanya selepas pelancaran tagline baharu realme Malaysia di sini, hari ini.

realme juga memperkenalkan harga baharu bagi telefon pintar realme 3 Pro bagi varian 6GB RAM + 128GB, ia kini hanya berharga RM999.

Dikemaskan dengan Snapdragon 710 dan 6GB RAM, pengguna boleh mendapatkan banyak prestasi dan pengalaman permainan yang hebat daripada itu.

Ia juga mempunyai penyimpanan 128GB dengan slot kad microSD disertakan dua kamera di bahagian belakang dan satu kamera hadapan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d