Conte bingung Inter keberatan beli Lukaku

0

33

- Advertisement -

MILAN: Pengurus Inter Milan, Antonio Conte bingung dengan tindakan pengurusan kelab yang sedia menimbang mendapatkan pemain lain dengan harga lebih murah berbanding Romelu Lukaku.

Penyerang Manchester United itu dikaitkan berpindah ke Inter musim depan dan rundingannya hampir menjadi kenyataan membabitkan yuran sebanyak £75 juta (RM390 juta).

Namun Inter dilaporkan tidak mampu dengan jumlah ditawarkan United itu sebaliknya kini beralih mendapatkan Edinson Cavani.

Kontrak Cavani bersama Paris Saint-Germain akan tamat musim depan dan dia memiliki rekod jaringan ketika bersama Napoli dan Palermo.

Perbincangan Timbalan Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward bersama Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Piero Ausilio di London baru-baru ini gagal mencapai kata sepakat mengenai yuran berkenaan sekali gus menyebabkan masa depan Lukaku kini tidak menentu.

Inter berminat dengan pinjaman ke atas Lukaku selama dua tahun dengan bayaran £9 juta (RM47 juta) disusuli pilihan kontrak tetap berjumlah £54 juta (RM281 juta) tetapi cadangan itu tidak diterima United yang mahu mendapatkan semula kos pembelian £90 juta (RM468 juta) yang dibayar kepada Everton ketika mendapakan Lukaku dua tahun lalu.

Kemelut perpindahan Lukaku timbul semula minggu ini ketika United bersiap ke perlawanan persahabatan menentang kelab Perth Glory, di Perth, Australia.

Conte dikatakan berang dengan pihak pengurusan yang mula mungkir janji dan dianggap bertentangan dengan persefahaman yang dicapai ketika Inter melantiknya sebagai pengurus baru.

Conte sebelum ini diberi jaminan bebas memilih pemain untuk persiapan ke jelajah pra musim di Asia termasuk menyenaraikan Lukaku.

Dia juga dimaklumkan pemain Inter seperti Mauro Icardi, Radja Nainggolan dan Jaoa Mario akan dilepaskan namun trio berkenaan masih kekal di Inter. – Agensi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: