Atletico hampir lengkapkan perpindahan Trippier

21.jpg

MADRID: Pertahanan England, Kieran Trippier di ambang perpindahan ke Atletico Madrid dari Tottenham Hotspur, lapor media Sepanyol dan British, semalam.

Akhbar England, Daily Telegraph berkata Trippier, 28, sudah berada di ibu kota Sepanyol itu bagi melengkapkan perpindahan yang dianggarkan bernilai 20 juta pound (RM102.02 juta).

Akbar Sepanyol, Marca melaporkan Atletico, yang menamatkan kempen selaku naib juara La Liga musim lalu memilih Trippier selepas gagal mendapatkan pertahanan kanan Portugal, Nelson Semedo dari Barcelona.

Atletico begitupun tidak memberi maklum balas pantas mengenai perkembangan berkenaan.

Trippier membantu Spurs mara ke final Liga Juara musim lalu sebelum mereka tewas 0-2 kepada Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano yang juga gelanggang Atletico.

Sejurus final, dia mengakui masa depannya bersama Tottenham masih belum jelas. “Saya mahu kekal di England tetapi apa yang kamu boleh lakukan? Saya akan lihat apa yang akan berlaku dan apa yang kelab mahukan, ia paling mustahak.”

Trippier juga menjadi sebahagian daripada skuad England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan meledak gol menerusi sepakan percuma ketika kekalahan kepada Croatia 1-2. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: