SHAH ALAM 01 JULAI 2019. Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) di UiTM Shah Alam. STR/FAIZ ANUAR

08
SHAH ALAM 01 JULAI 2019. Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) di UiTM Shah Alam. STR/FAIZ ANUAR

- Advertisement -

SHAH ALAM: Dasar Automotif Negara (NAP) 2019 yang akan diumumkan tahun ini memberi tumpuan kepada teknologi baharu selaras dengan perkembangan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata NAP 2019 akan memberi fokus kepada beberapa aspek termasuk kenderaan generasi masa depan, mobiliti sebagai perkhidmatan (Maas) dan pelaksanaan revolusi perindustrian 4.0.

“Malaysia secara agresif mempromosikan pembangunan teknologi masa depan dalam sektor automotif, pengangkutan dan mobiliti secara keseluruhan,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara MARii dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM, Prof Ir Dr Azmi Ayob.

Mengenai MoU MARii dan UiTM, Madani berkata perjanjian itu adalah untuk mempromosikan penyertaan dua entiti itu dalam mentransformasikan industri Malaysia dalam pasaran global yang kompetitif termasuk pembangunan modal insan serta aplikasi teknologi dalam memenuhi kehendak industri.

Katanya, ia turut menekankan kepada program perkongsian industri menerusi projek dalam automotif, robotik dan internet untuk segalanya (IoT).

“MoU ini akan membabitkan perkongsian dalam skop perindustrian secara bersama dan penawaran mata pelajaran elektif dalam automotif, robotik dan IoT kepada pelajar UiTM.

“Kami juga akan membangunkan program pasca siswazah selaras dengan Industry4WRD melalui pusat kecemerlangan MARii seperti Pusat Rekabentuk MARii, Akademi Teknologi MARii dan Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC),” katanya.

Madani berkata, perjanjian yang membabitkan tempoh tiga tahun itu akan memanfaat keupayaan UiTM yang akan menambah dimensi baharu kepada pakar dan bakat MARii menyampaikan kapasiti diperlukan bagi memacu agenda Mobiliti Terhubung.

“Antara aktiviti yang akan dilaksanakan di UiTM-MARii Satellite Node ialah analitik data raya, aplikasi pengedahan kualiti bahan, pembangunan operasi standard bagi pengeluaran semula komponen dan penggunaan kampus UiTM di seluruh negara untuk membangunkan bakat tempatan bagi menggantikan pekerja asing,” katanya.

UiTM-MARii Satellite Node adalah pusat MARii Satellite pertama di universiti yang berada di fakulti kejuruteraan mekanikal UiTM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: