Lexus bakal tayang model konsep EV di Tokyo Okt ini

0

17

- Advertisement -

Lexus telah pun mengumumkan bakal mempamerkan model konsep kenderaan elektrik (EV) dalam acara Tokyo Motor Show 2019 yang bakal berlangsung pada Oktober ini. Perkara tersebut didedahkan oleh pengeluar kereta premium Jepun itu dalam majlis bersama pihak media di Costa Rica baru-baru ini.

Difahamkan, model konsep tersebut merupakan hatchback bersaiz kecil dengan rekaan yang radikal. Bakal ditampilkan dengan gril gelendong yang besar, dengan didominasi bahagian hadapan yang menyerlah. Perincian lain termasuk bahagian teknikal masih dirahsiakan, namun model terbabit akan menggunakan senibina kenderaan EV Toyota yang akan datang dan dibangunkan dengan hasil kerjasama Subaru. Lexus juga telah mengesahkan ia akan dibangunkan dengan platform e-TNGA.

Ini bukan pertama kali Lexus mempertontonkan kenderaan elektrik bersaiz kecil – sebelum ini syarikat tersebut pernah memperkenalkan kereta konsep bandar LF-SA di Geneva pada tahun 2015 yang ditampilkan dengan rekaan yang agak aneh. Adakah rekaan yang aneh dan pelik itu akan dilakukan untuk model konsep yang bakal dipertontonkan di Tokyo pada Oktober ini? Nantikan perkembangan selanjutnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: