Huawei rancang pemberhentian meluas operasinya di AS – WSJ

08.jpg

BENGALURU: Huawei Technologies Co Ltd merancang pemberhentian yang meluas di Amerika Syarikat memandangkan syarikat peralatan telekomunikasi China itu bergelut dengan penyenaraian hitam oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Wall Street Journal (WSJ).

Akhbar itu memetik sumber yang arif dengan perkara itu.

Pemberhentian itu dijangka memberi kesan kepada pekerjaan di anak syarikat penyelidikan dan pembangunan Huawei yang berpusat di AS, Futurewei Technologies, yang menggaji kira-kira 850 orang dalam makmal penyelidikan di seluruh negara itu, kata WSJ.

Pemberhentian boleh mencapai angka beratus-ratus, seseorang memberitahu akhbar itu.

Pekerja Huawei warga China di AS diberi pilihan sama ada pulang ke negara asal atau kekal bersama syarikat itu, tambah seorang lagi sumber.

Sesetengah pekerja telah diberitahu mengenai pemecatan mereka, sementara pemotongan kerja yang lebih terancang mungkin diumumkan tidak lama lagi, kata WSJ.

Huawei enggan mengulas mengenai perkara itu ketika dihubungi oleh Reuters.

Selepas Jabatan Perdagangan memutuskan untuk meletakkan Huawei dalam apa yang dipanggilnya sebagai senarai entiti, pekerja Futurewei telah berdepan sekatan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka di pejabat induk Huawei yang terletak di China, sumber-sumber memberitahu akhbar berkenaan.

Minggu lalu, Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross, berkata kerajaan AS akan mengeluarkan lesen kepada syarikat yang ingin menjual barang kepada Huawei di mana tidak ada ancaman terhadap keselamatan negara. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: