Koscielny enggan sertai jelajah Arsenal ke AS

0

25

- Advertisement -

LONDON: Kapten Arsenal, Laurent Koscielny enggan mengikuti jelajah pra musim kelab berkenaan ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan The Gunners, kelab berkenaan menyatakan kekecewaan terhadap pemain Perancis berusia 33 tahun itu yang sudah bersama pasukan sejak 2010.

“Laurent Koscielny tidak mahu menyertai kunjungan ke Amerika Syarikat untuk jelajah pra musim kami,” kata Arsenal. “Kami sangat kecewa dengan tindakan Laurent yang jelas melanggar arahan kami.

“Kami harap dapat menyelesaikan hal ini dan tidak akan mengeluarkan sebarang komen buat masa ini.”

Koscielny dilaporkan menawarkan diri untuk kembali ke Perancis dan minta dilepaskan daripada tahun terakhir kontraknya di Emirates.

Dia sudah beraksi 353 kali untuk kelab London itu selain dua kali memenangi Piala FA dan dilantik sebagai kapten pasukan pada awal musim lalu selepas Per Mertesacker bersara. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: