Mercedes-AMG CLA45 4Matic+ C118 didedahkan – 2.0L turbo 4-silinder, 421 PS, kelajuan tertinggi 270 km/j

15

Di samping memperkenalkan versi terkini A 45, Mercedes-Benz turut mendedahkan Mercedes-AMG CLA 45 4Matic+ baharu, model yang mempunyai lebih ruang but dengan penggayaan coupe.

Secara mekanikalnya, ia mirip dengan A 45, dengan enjin M139 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol yang mampu memberikan kuasa 387 PS (382 hp) pada 6,500 rpm dan tork 480 Nm dari 4,750 rpm, melebihi kuasa yang diberikan oleh M133 generasi sebelum ini dengan 381 PS (375 hp) dan 475 Nm. Ini pun untuk model asas.

Sementara bagi model yang lebih berkuasa CLA 45 S 4Matic+ pula menawarkan kuasa sehingga 421 PS (416 hp) pada 6,750 rpm dan tork 500 Nm dari 5,000 rpm, hasil ledakan tekanan yang lebih tinggi dari 2.1 bar bagi twin-scroll turbo tunggal berbanding model asas yang hanya 1.9 bar.

16.jpg

Kelebihan enjin ini juga disumbang beberapa faktor termasuklah crankcase binaan aluminium sepenuhnya, aci engkol forged, omboh aluminium forged, dinding silinder salutan-Nanoslide, injap ekzos lebih besar, penyuntik yang boleh diposisikan secara optima, suntikan terus bahan api dua-peringkat dan plat baffle untuk oil sump.

Selain itu, pam air (water pump) elektrik yang membantu menyejukkan enjin sewaktu bergerak dan juga radiator kedua di belakang ruang roda hadapan yang membantu radiator utama di bahagian hadapan, antara ciri yang juga menyumbang faktor ini. Malahan terdapat juga pengubah haba yang dipasang terus ke transmisi untuk mengekalkan suhu minyak transmisi dan disepadukan pada sistem penyejuk enjin.

Hasilnya, ia mampu memberikan prestasi dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 4.1 saat dan kelajuan tertinggi pula mencapai 250 km/j (270 km/j dengan AMG Driver’s Package) untuk model asas, sementara A 45 S pula sekitar 4.0 saat dengan kelajuan tertinggi sehingga 270 km/j.

Gandingan transmisi dwi-klac AMG Speedshift DCT 8G lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua roda aktif-sepenuhnya AMG Performance 4MATIC+ turut dipadankan untuk enjin ini. Bagi sistem pacuan tersebut, ia turut didatangkan dengan AMG Torque Control, yang membolehkan tork enjin disalurkan ke roda hadapan atau belakang, juga antara kiri dan kanan roda belakang.

17.jpg

CLA 45 turut didatangkan dengan mod Drift, yang digabungkan dengan mod Race yang ditawarkan dengan pakej AMG Dynamic Plus – standard untuk model S tetapi ditawarkan secara pilihan bagi model asas. Walau bagaimana pun ESP perlu dimatikan dan transmisi ditukar ke mod manual untuk disambungkan ke mod Drift.

Untuk penjana kuasa dan transmisi ini, ia turut didatangkan dengan stereng kuasa sport elektro-mekanikal, casis dan sistem ekzos AMG, yang disambungkan dengan sistem AMG Dynamic Select, yang membolehkan pemandu menukar parameter ini dengan mod pemanduan yang ditetapkan. Ini termasuklah mod Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Race dan Individual.

Untuk konfigurasi yang lebih optima, AMG Dynamic juga boleh mengubah sistem pacuan semua roda dan ESP untuk menyuaipadannya dengan pemanduan dinamik yang dikehendaki. Ia bermula dengan Basic, dan dipertingkatkan ke Advanced, Pro dan Master (yang hanya didatangkan dengan pakej AMG Dynamic Plus).

Bahagian casisnya pula dipadankan dengan topang McPherson dan suspensi empat-sambungan di belakang, dengan memilih peredam yang pasif atau pun sistem peredam adaptif AMG Ride Control.

18.jpg

Apalah gunanya jika bahagian mekanikal sahaja dimantapkan tanpa membangunkan kerangka badan yang sepadan dengannya. Model prestasi ini dibangunkan dengan plat aluminium untuk menampung bahagian bawah enjin bagi meningkatkan ketegaran di bahagian hadapan kenderaan. Ia disokong dengan strut tower brace di antara topang suspensi hadapan dan plat pengukuh tambahan yang menghubungkan tiang-A untuk menstabilkan bahagian hadapan. Topang diagonal di hadapan dan belakang yang diletakkan di bawah badan juga mempertingkatkan ketegaran kerangka kenderaan.

Untuk memperlahankan kenderaan, angkup brek empat-omboh ditampilkan bersama cakera brek bersaiz 350 mm di hadapan, manakala angkup brek omboh-tunggal mengendalikan cakera 330 mm di belakang. Angkup brek berwarna kelabu ini turut tertera perkataan AMG berwarna putih.

Pakej AMG Dynamic Plus yang disebut ini, didatangkan secara standard untuk model-S dan ditawarkan secara pilihan untuk model asas A 45, ditambah dengan cakera 360 mm dan angkup enam-omboh di hadapan, diwarnakan merah dengan logo AMG berwarna hitam.

Bahagian kabin pula diserikan dengan material kulit Artico rona hitam dengan gentian mikro Dinamica secara standard tetapi pembeli boleh memilih kulit Artico sepenuhnya dengan tona kelabu/hitam bersama jahitan berkembar kelabu, disuaipadankan dengan kemasan aluminium.

Untuk mengekalkan pesona pada CLA 45, tidak ketinggalan ciri seperti tempat duduk sport, tali pinggang keledar designo merah, lingkaran merah pada corong udara, roda stereng AMG Performance, kemasan kuning (untuk model S sahaja) dan paparan spesifik-AMG untuk sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX).

Tiga gaya paparan AMG turut ditampilkan – Classic, Sport dan Supersport – dan pembeli juga boleh meminta untuk mendapatkan paparan yang lebih istimewa, yang memaparkan suhu bahan api, lap timer, data pemeriksaan enjin atau pun AMG Track Pace.

21.jpg

Untuk luarannya, jet-wing pada bahagian apron menempatkan corong pengambilan udara yang lebih besar di hadapan, manakala gril Panamericana pula membantu menyerlahkan lagi imej jentera ini.

Ekzos yang ditampilkan juga hadir dengan diameter paip yang berbeza, iaitu 82 mm untuk model asas, dan model-S menerima komponen yang lebih besar bersaiz 90 mm. Empat sirip juga ditambah pada bahagian diffuser, sementara spoiler pada boot lid melengkapkan lagi keseluruhan gaya yang cukup ranggi.

Dan semestinya penambah ciri bagi pakej AMG Aerodynamic termasuk spliter dan flic hadapan, diffuser bladespoiler lips belakang turut ditawarkan. Tidak cukup dengan itu, ia turut menawarkan pakej AMG Nightdan Silver Chrome, serta roda 19-inci. Apa yang tak cukup lagi? Dah cukup sarat bukan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: