MDEC rangka unit AI

08

Sidang kemuncak ‘Beyond Paradigm 2019’ dianjurkan oleh Serba Dinamik dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan disokong oleh MDEC, Microsoft dan TM One. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang merangka sebuah unit baharu yang akan memberi fokus khusus kepada kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, pembangunan unit berkenaan dijangka akan memperkasakan teknologi berkenaan di negara ini.

“Beberapa anggota unit berkenaan telah dikenal pasti dan mereka akan terdiri daripada pakar dari dalam dan luar negara untuk berkongsi idea mengenai kecerdasan buatan.

“Tugas mereka adalah untuk membantu Rangka Kerja AI Kebangsaan yang dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang kemuncak ‘Beyond Paradigm 2019’, di ibu negara, pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Korporat Microsoft Malaysia, Dr Jasmine Begum dan Pengurus Besar Perusahaan TM Negeri, Azida Mohamed Burhan.

Sidang kemuncak Beyond Paradigm 2019 dianjurkan oleh Serba Dinamik dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan disokong oleh MDEC, Microsoft dan TM One.

Ia akan diadakan pada 17-18 Julai di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur dan 20-21 Julai di Kuching, Sarawak.

Antara fokus utama sidang kemuncak berkenaan adalah sebagai platform perbincangan kepada pembangunan digitalisasi dan bergerak ke arah Revolusi Industri 4.0 secara menyeluruh oleh pemain industri di negara ini.

Pertunjukan robot sosial, Sophia dengan teknologi AI buat pertama kali juga akan dipamerkan di sidang kemuncak berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: