08.jpg

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Canon Marketing Malaysia melancarkan peranti pelbagai fungsi (MFD) terbaharu, image RUNNER ADVANCE (iR-ADV) generasi ketiga yang menawarkan lebih banyak fungsi dan menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi.

Pengarah Kanan Pusat Penyelesaian Pengimejan Perniagaannya, Masato Yoshiie, berkata MFD itu direka bagi memenuhi kepelbagaian keperluan perniagaan sekali gus menjadikannya ideal untuk pelbagai persekitaran kerja.

Katanya, iR-ADV menyepadukan fungsi sekuriti utama daripada edisi sebelumnya seperti ‘Encrypted Secure Print’ dan Encrypted PDF, menggabungkan ciri sekuriti yang baru ditambah bagi membantu melindungi maklumat perniagaan dan sistem pengurusan cetak selaras menerusi UniFLOW.

“Data dan maklumat adalah aset perniagaan yang penting. Kami faham bahawa syarikat besar dan kecil secara proaktif sedang berusaha untuk melindungi data berharga mereka daripada ancaman dan pendedahan berbahaya.

“Selain itu, bagi membolehkan kitaran hayat dokumen yang lebih selamat, MFD edisi ketiga ini menyediakan lapisan tambahan keselamatan dengan mampu menahan serangan malware yang tidak diketahui dari awal permulaan peranti,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Yoshiie berkata, Canon mahu menjadikan perniagaan lebih mudah dengan menyelaraskan proses kerja lebih berkesan dan membantu syarikat untuk kekal fokus terhadap perniagaan terasnya.

“Justeru, peranti generasi ketiga kami ini menggabungkan pelbagai keupayaan peningkatan produktiviti menjadikannya sebagai peranti naik taraf yang komprehensif,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d