02

- Advertisement -

LONDON: Manchester United perlu menyingkirkan pemain yang tidak mahu berada di Old Trafford, kata bekas pemain Gary Neville dan ia termasuk bintang tengahnya Paul Pogba.

Spekulasi membabitkan perpindahan Pogba bukan sesuatu yang baharu dan antara kelab yang kuat dikaitkan dengan pemenang Piala Dunia dari Perancis itu ialah Real Madrid dan bekas kelabnya, Juventus.

Pogba begitupun dilihat tidak terpengaruh dengan situasi berkenaan dan United juga tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran tetapi bagi Neville, sekali pun dia gemar pemain itu kekal di Old Trafford, mereka perlu memastikan dia komited sepenuhnya bersama pasukan.

“Mereka tidak perlu untuk mengekalkan mana-mana pemain (yang ingin keluar),” kata Neville.

“Manchester United adalah pasukan yang lebih baik apabila Paul Pogba bermain tetapi jika pemain tidak mahu berada di kelab, dan ia tidak bermakna Pogba, dia mungkin mahu berada di sana, kamu perlu lakukan sesuatu.

“Kamu perlu membuatkan semua pemain setia di sisi kamu dan sejajar dengan apa yang kamu lakukan. Itulah perkara pertama yang Ole perlu lakukan, untuk bekerja dengan sesiapa yang bersedia berusaha untuk kelab dan membawa pasukan melangkah ke depan.

“Saya masih belum yakin dengan kebanyakan pemain. Saya mendengar spekulasi di berita dan nampaknya ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Kamu perlu mendapatkan pemain sebelum membiarkan mereka keluar kerana bermain dengan duit membuatkan kamu terdedah dengan bahaya.

“Bagi United, ia mengenai masa dan manipulasi serta menggerakkannya ke arah di mana mereka ingin berada bagi mendapatkan pemain-pemain ini sebelum membenarkan yang lain keluar.

“Jika tidak, mereka akan menjadi sasaran yang mudah dari sudut orang yang ingin mengaut keuntungan, di mana saya rasa ia sudah pun berlaku.”

Selain Pogba, turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford ialah penyerang Belgium, Romelu Lukaku manakala pertahanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka dikaitkan perpindahan lumayan ke kelab berkenaan. – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: