‘England tewas dengan sedikit perbezaan’

21.jpg

LONDON: Harry Kane berpendapat kekalahan 3-1 England kepada Belanda di separuh akhir Liga Negara-Negara hanya dipisahkan dengan margin yang sedikit.

Kesilapan John Stones dan Ross Barkley pada masa tambahan perlawanan meletakkan skuad kendalian Ronald Koeman pertebungan di final menentang Portugal.

England mendahului perlawanan menerusi penalti Marcus Rashford pada babak pertama tetapi pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt kembali menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Skuad kendalian Gareth Southgate berfikir mereka sudah meraih gol kemenangan pada lewat permainan menerusi Jesse Lingard tetapi ia dibatalkan oleh Video Banuan Pengadil (VAR) sebelum jaringan sendiri Kyle Walker dan ledakan lewat Quincy Promes melengkapkan derita England.

“Kami agak perlahan pada separuh masa kedua tetapi mampu bangkit kembali, menjadi lebih baik dan menjaringkan gol yang kami fikir jaringan kemenangan,” kata Kane.

“Tetapi ada perbezaan margin sedikit dalam perlawanan besar seperti ini dan ia tidak memihak kami. Kesilapan dibuat tetapi kami mempelajarinya sebagai satu pasukan, menjadikannya sebagai pengajaran dan itulah cara kami ingin bermain.”

England turut merasai perasaan yang sama ketika kekalahan di separuh akhir Piala Dunia tahun lalu kepada Croatia yang turut berlarutan ke masa tambahan tetapi Kane mengakui England tidak menangani dengan baik tekanan dari Belanda.

“Kami melakukan beberapa kesilapan tidak sepatutnya dan memberikan bola kepada lawan dengan mudah. Mereka memberikan kami tekanan yang tinggi tetapi kami perlu menanganinya,” kata Kane.

“Apabila kamu berdepan pasukan hebat, seperti Croatia di Piala Dunia, ini yang mereka sentiasa lakukan dan kamu perlu membiasakan diri. Belanda pasukan yang hebat, seperti Croatia, margin yang sedikit menjadi perbezaan sama ada ia ofsaid atau gol daripada situasi bola mati.

“Ia sudah berlaku, kami kecewa tetapi kami perlu mempelajarinya.” – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: