TEKNOLOGI inverter dalam setiap perkakasan elektrik bukanlah sesuatu yang baharu dan ia menjadi pilihan pengguna bijak kerana ia memberi penjimatan kepada tenaga elektrik.

Bukan itu sahaja, terdapat jenama terkenal perkakasan elektrik, Daikin Your Air Specialist yang tampil memperkenalkan teknologi baharu lebih pintar untuk pendingin hawa inverter lebih premium dan bijak, iaitu Daikin Smarto R32.

Daikin Smarto R32 menampilkan tiga ciri utama menggunakan teknologi pintar, iaitu Smart Sense yang mana pengesan haba dapat mengesan kehadiran orang di dalam bilik dan seterusnya akan mengawal aliran udara supaya suhu menjadi cepat sejuk.

Tiga ciri utama

Ia mempunyai dua ciri, iaitu smart powerful+ yang fungsinya menyediakan suhu sejuk maksimum di dalam bilik dan udara sejuk terus kepada individu yang dikesan itu selama 20 minit.

PENGGUNA boleh mengawal Daikin Smarto R32 menerusi aplikasi Daikin Mobile Controller.

Ciri kedua, Smart Ecomax yang berfungsi untuk memastikan penjimatan tenaga menerusi penyesuaian suhu secara automatik berdasarkan kehadiran orang di dalam bilik itu.

Contohnya, setiap suhu yang sudah ditetapkan akan naik secara automatik setiap 20 minit apabila tiada kehadiran orang dikesan sehingga ia mencecah suhu 27 darjah Celcius.

Bijak membersih

Ciri utama kedua ialah Smart Clean yang mana ia mempunyai tiga lapisan teknologi penapisan iaitu (Green Tea Filter + PM2.5+ Steamer) untuk memastikan udara bersih dan sejuk.

Green Tea Filter yang diekstrak daripada teh hijau berfungsi secara efektif untuk menangkap dan menyahaktifkan bakteria, virus dan menghapuskan bau di permukaan penapis itu.

PM2.5 adalah penapis partikel halus yang berfungsi untuk menghalang udara kotor daripada masuk ke dalam paru-paru dan memastikan kita dapat menghirup udara bersih.

Dengan penambahan teknologi Steamer pula, ia adalah elektron berkelajuan tinggi yang bertindak untuk penguraian dan penyingkiran benda asing supaya udara yang terhasil lebih berkualiti.

Ciri utama ketiga ialah Smart Control yang mana pengguna boleh mengawal pendingin hawa menerusi aplikasi Daikin Mobile Controller di mana-mana sahaja melalui sambungan internet.

Aplikasi ini membolehkan anda tidak bimbang apabila terlupa, menutup suis pendingin hawa.

DAIKIN Smarto R32 menggunakan teknologi pintar memastikan sesi keluarga mendapat udara bersih dan sejuk sepanjang hari.
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.