Van Dijk janji Reds lebih banyak kejayaan

25

LONDON: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk berjanji ‘masih banyak kejayaan akan datang’ daripadanya, selari dengan apa yang dibelanjakan Reds £75 juta (RM396.95 juta) bagi mendapatkan khidmatnya, tahun lalu.

Ketika Liverpool menyambarnya dari Southampton dengan nilai memecah rekod dunia, ramai yang terkejut dengan tindakan Jurgen Klopp itu.

Begitupun, ia jelas membuahkan hasil apabila kelab Merseyside itu mara ke final Liga Juara-Juara pada musim pertamanya dan kempen penuh pertamanya di Liga Perdana menyaksikan Liverpool menghuni tangga kedua dan dibezakan dengan tuah.

Van Dijk turut dinamakan pemenang anugerah Pemain Terbaik PFA bagi musim ini dan kehebatannya mengawal gawang Reds daripada dibolosi meletakkan pemain kebangsaan Belanda itu di kelompok elit global.

Sekali pun boleh disifatkan kehadirannya sudah melebihi jangkaan dengan Reds merekod pertahanan paling ampuh di Liga Perdana, pemain berusia 27 tahun itu berkata dia boleh menjadi lebih baik dan berpeluang menjulang trofi apabila bertemu Tottenham di final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad ini.

“Saya fikir saya sudah meningkatkan permainan saya dari semua aspek. Saya mendapat begitu banyak pengalaman sejak tahun lalu,” kata kapten skuad kebangsaan Belanda itu.

“Saya fikir sebagai pertahanan tengah, kamu meningkat sebagai pemain. Ada masih banyak akan datang. Sentiasa ada ruang perlu dipertingkatkan, kamu tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kamu ada. Kamu perlu terus bekerja keras. Saya sudah pasti akan melakukannya sekali pun saya bercuti.”

Van Dijk juga menambah cara dia menangani kritikan meningkatkan kualiti permainannya selain bantuan daripada Klopp.

“Ramai pengkritik dan peminat daripada kelab luar yang sentiasa bersuara mengenai kamu dan ia datang ke telinga saya. Ia kehidupan. Jika saya menyimpannya di kepala saya, saya tidak apa-apa. Saya mempelajarinya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya mempunyai hubungan baik dengannya (Klopp) kerana beliau sentiasa memberitahu kamu perkara yang sebenar dan saya akan juga akan melakukan perkara yang sama. Ia sesuatu yang saya amat hargai.

“Kadang kala apabila saya melakukan kesilapan, dan tiada siapa melihatnya, beliau akan memberitahu saya. Saya fikir beliau jelas antara jurulatih terbaik pernah saya peroleh, (Ronald) Koeman juga memainkan peranan yang penting dalam karier saya.” – AGENSI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: