Proton X70: Kemaskini bagi OTA terbaru kini tersedia

0

13

- Advertisement -

Ada kemaskini over-the-air (OTA) terbaru bagi head unit Proton X70, dengan kali ini ia memberi perhatian kepada beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna kebelkangan ini. Versi 2.4.0 terbaru ini menyenaraikan 10 kemaskini yang akan dibuat, seperti dipaparkan dalam gambar.

Kemaskini paling penting termasuk fungsi kawalan suara “Locate Me” yang telah digugurkan, penyelarasan saluran bandwidth wifi (menjadikan capaian wifi lebih stabil selepas ini), serta memperbaiki aliran pendingin hawa ke tempat duduk depan. Sistem tunjuk arah GPS juga diperkemas, kini dengan fungsi penetapan alamat “Home”, ketepatan isyarat 4G yang lebih baik serta senarai Point of Interest (POI) tambahan.

Selain itu, kemaskini berkenaan juga turut melibatkan pengguguran laporan suara ketika bertukar kepada mod pemanduan yang berbeza. Versi 2.4.0 ini sudah boleh diakses oleh pengguna; ambil maklum juga saiz failnya yang agak besar, 786 MB – tetapi ia tidak akan mengguna kuota data anda.

Juga sempena promosi Hari Raya ini, Proton menawarkan 50% data internet tambahan bagi pemilik yang menambah top up dari sekarang hingga 5 Julai nanti. Bagaimanapun, ini hanya akan ditawarkan bagi kenderaan yang menggunakann head unit dengan skrin sentuh terkini – Proton X70, Persona Premium, Iriz Premium dan juga Exora Premium.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: