KENANGAN INDAH PERCUTIAN DI BARCELONA SEPANYOL

- Advertisement -
Kenangan indah percutian di Barcelona dengan berjalan kaki melalui lorong bangunan kota Barca dan melawat tempat-tempat menarik di Barcelona Sepanyol.
Barcelona atau dikenali Barca merupakan ibu negeri dan bandar raya Catalonia yang paling ramai penduduk dan bandar raya kedua terbesar di Sepanyol. Barcelona adalah sebuah kota tepi pantai yang setiap sudutnya dihiasi dengan karya-karya seni. Karya seni Antoni Gaudi menjadi ikon Kota Barcelona yang menarik ramai pengunjung kerana di kenali kota budaya dunia. Tarikan lain kota Barcelona adalah pasukan bolasepak FC Barcelona yang termashur, pesta olimpik dan banyak destinasi menarik di Barcelona.

Kenangan indah percutian di Barcelona dengan menaiki bas selama 7 jam dari Madrid. Kami bertolak seawal jam 7 pagi dari Madrid ke Barcelona selama 7 jam sambil menikmati keindahan bumi eropah yang melalui gurun rumput menghijau. Kami telah di bekalkan dengan makanan di atas bas dan menikmati makanan sambil berbincang dan membuat pembentangan impian masing-masing. Impian hidup adalah perkara utama kejayaan dalam sesuatu perkara kerana dengan impian kita akan berusaha untuk mencapai impian tersebut.

Walaupun tempoh perjalanan yang panjang, namun masa di rasakan amat cepat dengan pemandangan indah dan gelak ketawa di dalam bas. Kami singgah berhenti makan dan minum di salah satu tempat persinggahan, tapi semua makan minum di bayar oleh Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng. “Terima Kasih Dato”

Apabila sampai di hotel, kami terus makan kerana perlu ikut program jalan-jalan di bandar Barcelona. Oleh kerana waktu petang, jadi kami hanya singgah di Hard Rock Cafe Barcelona atas permintaan ramai dan meneruskan perjalanan mengelilingi bandar Barcelona dengan bas seperti mengunjungi pantai Barceloneta iaitu tempat sukan olimpik Barcelona tahun 1992.

Seterusnya kami menaiki bas menuju ke destinasi yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak iaitu Stadium Camp Nou Barcelona. Camp Nou ialah stadium rasmi atau homeground bagi pasukan bola sepak termashur dunia iaitu FC Barcelona (FCB). Percutian ke Sepanyol ini adalah kerana memenuhi impian sahabat kami Hafizul Hakim yang meminati sukan bola sepak. Di Madrid kami telah kongsi impian apabila kami sama-sama menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Bernabeu Madrid. Klik PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK REAL MADRID DI STADIUM BERNABEU.

Hari kedua di Barcelona adalah jalan-jalan di kota Barcelona dengan berjalan kaki menyusuri bangunan lama bersejarah di Kota Barcelona bersama pemandu pelancong. Banyak tempat-tempat bersejarah di Kota Barcelona apabila berjalan kaki melalui lorong bangunan lama.

Tempat bersejarah di Kota Barcelona kebanyakkan adalah tinggalan gereja lama. Jadi, kami tidak masuk gereja hanya melihat dari luar. Namun berjalan kaki melalui lorong bangunan lama tidak terasa penat kerana suhunya yang sejuk sambil melihat orang sepanyol yang cantik menawan yang sama-sama berjalan kaki.

Kami seterusnya sampai di Las Ramblas iaitu merupakan boulevard paling terkenal di Barcelona. Jalan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer ini membentang dari Barri Ghotic menuju El Raval di pusat kota Barcelona. Las Ramblas sangat terkenal di kalangan warga tempatan dan pelancong. Sepanjang jalan di Las Ramblas terdapat deretan kedai kecil yang menjual makanan, barang-barang antik, souvenir dan produk tempatan. Ditambah lagi dengan penampilan seniman jalanan yang menghiburkan. Namun, para pengunjung perlu berhati-hati semasa membeli belah memandangkan La Rambla adalah syurga bagi penyeluk saku dan peragut. Cenderahati seperti key chain atau magnet peti ais lebih murah di Barcelona berbanding di Madrid, cuma kebanyakan cenderamata Barcelona adalah gambar gereja. Jalan-jalan bercuti ke luar negara seperti negara Eropah, kita akan terasa kesan kejatuhan nilai wang ringgit malaysia, dimana harga sebotol air oren 3 euro iaitu bersamaan RM15. Jika sekali makan yang berharga 15 euro, harga dalam ringgit Malaysia adalah RM45. Fikirku “Nasib baik percutian ke Sepanyol di taja sepenuhnya oleh Public Gold, hanya bawa badan saja”

Tiba di tengah bandar Barcelona, kami sampai di La Sagrada Familia iaitu sebuah gereja yang mendapat sentuhan mengagumkan pereka agung Antoni Gaudi. Sagrada Familia adalah salah satu ikon Kota Barcelona iaitu mercu tanda bandar Barca. Ia merupakan lokasi utama tumpuan pelancong. Tempat ini sudah didirikan sejak tahun 1882 dan terus mengalami perkembangan dan beberapa renovasi sampai sekarang dan dikatakan gereja yang tidak akan siap. Walaupun gereja La Sagrada Familia ini tidak siap, namun ia sentiasa di buka dan di kunjungi lebih dari 3 juta pelancong dari berbagai penjuru dunia setiap tahun. Di sini sempat berkenalan dengan awek Barcelona yang cantik yang boleh berbahasa inggeris. Dalam hati berkata, “jika bawa balik awek Barcelona ke Malaysia mesti glamour ni”

Hari berikutnya kami melawat satu tempat yang menarik di pinggir Barcelona iaitu gunung Monserrat yang merupakan pergunungan suci umat katolik di Spanyol. Perjalanan menaiki bas melalui jalan bengkang bengkok menaiki bukit mengambil masa lebih kurang satu jam. Apabila sampai di puncak gunung mosserat, kita dapat melihat pemandangan indah barcelona dari atas gunung. Gunung Monserrat adalah Pergunungan Bergerigi berasal dari kata Latin Nons Serratus. Gunung Monserrat berketinggian 1.240 meter diatas pemukaan laut dan bagi orang Catalan atau Catalunya disebut ‘Pegunungan Suci’. Lagenda Gunung Monserrat adalah kononnya gunung batu di sebelah tenggara terbelah dari atas sampai bawah sewaktu Yesus disalib. Bentuk celah pegunungan ini dinamai Valle Mallo. Monserrat sendiri merupakan salah satu tempat ziarah bagi umat Katolik yang paling dikenali di Eropah, selain Pegunungan Loudes di Perancis.

Di kala orang lain memasuki untuk melawat gereja tertua, sebilangan kami ponteng tidak mengikuti program dengan bersiar-siar di bahagian luar sambil mencuci mata melihat cenderamata yang diketuai oleh Dato Wira Louis Ng. Pelbagai souvenier dan makanan tempatan di jual dengan harga murah seperti buah tin, madu dan sebagainya. Kami berada di Barcelona selama 3 hari, jadi tak sempat melawat tempat2 menarik lain di Barcelona. Namun percutian ke negara Sepanyol merupakan kenangan terindah dalam hidup.

Sebelah petangnya kami menuju lapangan terbang Barcelona untuk pulang ke Malaysia. Kami sempat berjumpa dengan kanak-kanak pelapis bola sepak Barcelona yang hanya berumur 6 atau 7 tahun tetapi telah mendapat latihan profesional dalam permainan bola sepak. Saya rasa inilah yang menyebabkan sukan bola sepak di negara eropah lebih maju kerana latihan awal dalam permainan bola sepak iaitu pada usia kanak-kanak lagi. Semasa di Lapangan terbang Barcelona, kami semua gelakkan seorang sahabat yang membeli penyapu di Barcelona untuk di bawa pulang ke Malaysia. Katanya, “penyapu ini tiada di Malaysia”.
Terima kasih kepada Public Gold terutama Founder Public Gold dan isteri yang menaja sepenuhnya percutian ke Sepanyol, bukan sahaja percutian ke Sepanyol tetapi juga belanja semua kos serta makanan sampingan. Kenangan indah percutian di Barcelona merupakan pengalaman hebat yang tidak akan di lupakan dalam hidup kerana dapat percutian mewah secara percuma waktu kejatuhan nilai wang.
Penyelamat kejatuhan nilai wang dan inflasi adalah emas yang sentiasa bernilai tinggi sepanjang zaman dan bekalan dana kecemasan dan penjana harta terbaik. Bagi yang minat melancong ke luar negara, satu cara mudah dan terbaik ialah dengan membeli dan mengumpul emas program GAP (Gold Accumulation Program) bagi mengumpul emas modal rendah bermula RM100 sedikit demi sedikit sambil mengelak kebocoran wang. Apabila emas yang terkumpul banyak dan harga emas sudah meningkat tinggi, boleh jualkan emas tersebut sebagai modal bercuti, mengerjakan umrah, bekalan dana kecemasan dan sebagainya. Adalah satu kerugian menyimpan wang kerana nilainya semakin berkurang kerana kuasa beli berkurang. Contoh jika dulu harga emas RM100 segram dan kita menyimpan segram emas dan wang RM100, Kini nilai segram emas sudah menjadi RM180, sedangkan nilai wang simpanan RM100 kini sudah menyusut. Klik CARA BELI JONGKONG EMAS RM100 PROGRAM GAP untuk membeli emas modal rendah kecil RM100 untuk kumpul emas fizikal sedikit demi sedikit.